,
Laman Utama

Aina Abdul Pertahan Fesyen 'Aneh' Peminat Turun Konsert! - "Ini Tentang Individualiti & Identiti"

Amri Hassan
28/11/2023
07:55 MYT
Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena beberapa minggu lalu mencetuskan pelbagai ketegangan termasuk aspek pemakaian peminat yang hadir dengan bertemakan 'Aina Abdul' sendiri.

BERITA TRENDING: Busana Queen Of Gold Aina Abdul Bernilai RM120,000, Berat 40 Kilogram! - "Fabrik Emas Ni Tak...

Biarpun ada yang datang dengan pakaian sederhana, tidak terlepas juga pandangan warganet terhadap kelompok peminat yang menyarung busana ekstravaganza persis Aina sendiri.
Mengulas mengenai situasi tersebut, kata Aina dia sudah lali dengan kritikan netizen dan memandang ia daripada sudut positif.
"Biarlah dorang, kadang-kadang saya rasa yang bercakap tu pun mungkin nak juga. Mungkin ada sebab tertentu mereka tak dapat hadir. Ini tentang apa yang diinginkan.
"Tak kisahlah, bagi saya apa orang nak cakap kat luar sana saya dah cukup lali dah, saya tebalkan hati dan telinga terutama untuk peminat yang gila-gila untuk saya. Saya bangga ada mereka dalam karier saya.
"Untuk mereka tampil dengan outfit di Axiata Arena, sudah luar biasa. Ia mencetuskan sedikit keberanian dalam diri mereka, saya cuma mahu mereka rasa Aina Abdul biarpun hanya satu malam. Tak mengapa," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Memang Next Level! Busana Biru Keluar Asap! Bunga Siap Berpusing, Aina Abdul Berhabis RM400,000 Hanya...

Aina ditemui pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore di Menara Kuala Lumpur pada Selasa. Konsert terbabit dijadualkan berlangsung pada 6 Januari 2024 di The Theatre At Mediacorp, Singapura dengan kapasiti 1,800 penonton sahaja.
Ditanya tentang dakwaan Aina sebagai individu yang mencetuskan pengaruh ke arah pemakaian busana ekstravaganza peminat termasuk lelaki yang berpakaian seakan-akan wanita, ini jawapannya.
"Saya nervous nak jawab sebab saya buat mahir dalam bidang ini, saya tahu isu ini bersentuhan dengan agama dan soal gender, kontroversi.
"Bagi saya, apa saya cuba promosi, bukan mempromosikan mesej itu dalam konsert atau karier saya. Tak pernah keluar kenyataan dari mulut saya, ia di luar kawalan saya.
"Cuma bagi saya, saya sayang semua orang. Mereka sokong saya, beli produk, konsert saya. Itu hak mereka untuk berpakaian begitu, ada saja berpakaian sederhana. Yang ekstravaganza, tanda support saya," ulasnya.
Melanjutkan bicara, selagi peminatnya tidak mencetuskan keganasan atau isu yang mengancam nyawa, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan berpakaian kerana itu adalah hak individu.
"Saya tak fikir mereka rasa macam melakukan hal negatif, saya lihat mereka tidak mencetuskan sebarang keganasan, kalau masalah ke arah mengancam nyawa seseorang barulah saya akan masuk campur.
"Tapi ini tentang individualiti dan identiti, terpulang pada mereka bagaimana untuk mempersembahkan diri sendiri. Itu luar bidang kawalan saya. Apa saja label mereka, mereka manusia dan saya sayang mereka sesungguhnya.
"Kerana merekalah saya ada di sini," tegas Aina lagi.

PILIHAN PEMBACA: Dituduh Pergi Konsert Aina Abdul Percuma, Che Ta Selamba Balas - “Tolong Eh, Kita Tak Harap Tiket...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.