,
Hiburan

Aina Abdul Jadi Akar Pokok, Ada Daun Gugur, Terapung Ke Udara... Ini Makna Tersirat Di Sebalik Persembahan AJL38

Amri Hassan
03/03/2024
15:20 MYT
"Tree of life," demikian makna di sebalik busana berupa pokok dan ranting kayu yang disarung Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Jangan Mati Rasa Itu di Anugerah Juara Lagu ke-38 malam tadi.
Jelas Aina, enam batang pokok yang dibawa ke pentas mempunyai simbolik dan makna tersendiri.
"Aina mempersembahkan konsep ‘Tree of Life’ untuk persembahan kali ini.
"Simbolik enam akar pokok, termasuk Aina membawa makna tersendiri dan menguatkan lagi mesej disebalik maksud lagu Jangan Mati Rasa Itu, sebuah perjalanan cinta dipersembahkan di pentas #AJL38," tulisnya di Instagram.

Axiata Arena hidu bau harum

Busana dan konsep persembahannya juga dijalinkan kemas dengan bait-bait lirik lagunya.
"'Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu.'
"Ia membawa makna hati dan rasa yang akan terus mekar dengan cinta biarpun rasa itu tidak sama seperti dahulu.
"Walaupun pohon-pohon tidak subur, ranting keras mengering dan hampir mati, tetapi akar di bawah tanah masih menjalar dan mekar, seperti hati yang terus kukuh mencintai biarpun jiwa tersakiti.
"Mereka yang berada dalam Axiata Arena juga menghidu bau harum ketika persembahan Jangan Mati Rasa Itu, simbolik kepada mekarnya cinta yang berada di dalam hati," ujarnya.
Manakala, daun-daun berguguran juga kata Aina menggambarkan perasaannya yang semakin dingin.
"'Dingin hatimu berlalu pergi, getir jiwa tak siapa tahu.'
"Cinta tak semestinya berakhir bahagia. Daun-daun berguguran menggambarkan rasa hati yang semakin dingin melihat sayang yang tidak lagi berbalas. Kasih yang mekar gugur satu persatu kerana hebatnya gelora jiwa yang disembunyikan.
"'Apakah aku bisa melawan takdir kita? Aku hanya manusia biasa.'," tambahnya.

Akar pokok terapung

Aina turut menambahkan lirik baharu untuk lagu terbabit dan menjelaskan simbolik dirinya diangkat ke atas.
"'Tenggelamkan kesedihanku, terapungkan kebahagiaan aku.'
"Di akhir persembahan, Aina sebagai akar pokok terapung ke atas. Ini membawa makna, Aina ingin mencari bahagia sendiri dengan ‘move on’ dari cinta yang tidak lagi berbalas dan meletakkan diri sendiri sebagai fokus untuk mencapai bahagia.
"Kasih dan sayang terhadap diri sendiri seharusnya sentiasa menjadi keutamaan yang tersemat dalam lubuk hati," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar