,
Hiburan

Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara - “Saya Sangat Gembira Untuk Beliau”

Khairil Khusyairi
16/11/2024
12:25 MYT
Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa bangga atas penganugerahan Biduanita Negara ke atas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selayaknya terima anugerah

Bercakap kepada Gempak, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menyifatkan Siti Nurhaliza adalah figura yang layak menerima penganugerahan tersebut.
“Tahniah kepada penyanyi kesayangan kita semua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mendapat anugerah Biduanita Negara Ke-3.

“Siti memang layak menerima anugerah tersebut, siapa lagi kan. Beliau adalah idola kita daripada kecil. Tak ada beliau, tak ada juga kita.

“Saya sangat gembira untuk beliau dan jasa beliau melangkaui segalanya. Jadi kepada Siti, enjoy kemenangan ini dan sebab anda memang layak atas segala usaha selama ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Kongsi Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ketika Terima Berita Anugerah Biduanita Negara - “Saya Ambil Masa Empat Hari Untuk..”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

Kongsi Aina lagi, dia menganggap pelantun lagu Biarlah Rahsia itu adalah sumber inspirasi kepadanya dan semua penggiat seni tanah air.
“Beliau sebenarnya melebihi daripada inspirasi dan beliau adalah figura yang sentiasa ada di hati saya.
“Ibu saya adalah sebab saya kenal beliau. Waktu saya kecil, selepas saya balik sekolah, ibu saya akan buka televisyen (TV) dan mainkan lagu-lagu Siti,” kongsinya.
Terdahulu, Siti menerima Anugerah Khas Biduan Negara yang mengktirafnya sebagai Biduanita Negara sempena AS2024, pada Rabu.
Lebih bermakna, Siti yang kini mengabdikan diri selama hampir 30 tahun dalam persada muzik tanah air dan antarabangsa itu turut melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengurus Kongsi Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ketika Terima Berita Anugerah Biduanita Negara - “Saya Ambil Masa Empat Hari Untuk..”

gempak
16/11/2024
07:30 MYT
Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak  berkongsi video reaksi pertama penyanyi itu ketika mengetahui bakal menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Puas Sudah, Aura, Hening Rindu, Terus Bersinar Layak Ke AJL39! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

gempak
15/11/2024
15:46 MYT
10 lagu yang menempatkan diri ke AJL39 adalah lagu Sengaja nyanyian Amir Masdi, Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Aura nyanyian Ernie Zakri, Terus Bersinar nyanyian Hafiz Suip.
Hiburan

Filem Gold Terima Anugerah Most Anticipated Chinese Language Film Di 37th Golden Rooster Film Awards China

gempak
15/11/2024
13:39 MYT
Filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures menerima Anugerah Most Anticipated Chinese Language Film Di 37th Golden Rooster Film Awards pada Jumaat.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Unitar