gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Aidilfitri: Aliran Trafik Di Lebuhraya Kl-Karak Dijangka Sesak Hingga Esok

gempak
Gempak
05/04/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Aidilfitri: Aliran Trafik Di Lebuhraya Kl-Karak Dijangka Sesak Hingga Esok

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas selesai menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan berganda jumlah kenderaan itu mengakibatkan kesesakan lebih 20 kilometer bermula dari Karak hingga Lentang, setakat 10.40 pagi ini.

"Kesesakan ini sudah dijangka dan akan berlarutan hingga esok (Ahad) disebabkan orang ramai dari kampung sudah bergerak pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja selepas menyambut Aidilfitri,” katanya kepada Bernama.

Jurucakap memaklumkan, aliran trafik turut mengalami sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 menuju ibu negara.

"Trafik sesak di laluan E1 dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Plaza Tol Juru, Taiping ke Changkat Jering dan sesak lebih 3.8 km dari Terowong Menora menghala ke Kuala Lumpur.
"Di Lebuhraya PLUS, laluan E2 arah Selatan, trafik perlahan dari Kulai ke Sedenak manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2, aliran trafik dilaporkan masih lancar setakat ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pahang
#Kelantan
#Aidilfitri
#Pantai Timur
#Terengganu
#Aliran Trafik
#Karak
Must-Watch Video