,
Laman Utama

"Ahmad Kassan Antara Orang Pertama Bagi Saya Tumpang Tempat Tinggal" - Shah Iskandar

Amri Hassan
01/09/2023
02:55 MYT
Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz turut menitipkan salam takziah atas kehilangan koreografer terkenal Ahmad Kassan.
BACA: Koreografer Legenda Ahmad Kassan Meninggal Dunia
Mengimbas semula kenangan bersama arwah, kongsi Shah Iskandar figura itu antara yang pertama menghulurkan bantuan ketika dia mula bertapak di Malaysia.
"Al-Fatihah, arwah Abang Ahmad Kassan antara orang yang pertama bagi saya tumpang tempat tinggal dia mase saya awal-awal datang Malaysia. Sangat baik orangnya.
"Moga rohnya ditempatkan bersama yang beriman," tulisnya.
Selain Shah Iskandar, beberapa selebriti tanah air turut menitipkan doa atas pemergian arwah.
"Innalillah, Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Kassan dan salam takziah buat keluarganya," tulis Bob Yusof.
"Salam takziah buat keluarga beliau," tambah Mila Jirin.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada maklumat lengkap mengenai punca dan waktu kematian Allahyarham Ahmad Kassan. Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.