,
Laman Utama

Ahmad Dhani Masih Tanggung 6 Janda Yang Suami Meninggal Dunia Kerana Dilanggar Dul Jaelani

Maliah Surip
28/09/2021
01:45 MYT
Keluarga pemuzik, komposer dan penyanyi Ahmad Dhani pernah berdepan dengan mimpi ngeri apabila salah seorang anak lelakinya, Dul Jaelani terlibat dalam nahas jalanraya pada tahun 2013.
Nahas maut yang membabitkan Dul di Kilometer 8 Tol Jagorawi tersebut telah mengorban enam orang pengguan jalan raya. Dul pula mengalami patah tulang sehingga trauma. Waktu itu Dul hanya berusia 13 tahun.
Kemalangan tersebut bukan sahaja menyita perhatian umum, namun menjadi kontroversi kerana Dul diketahui memandu dalam keadaan laju hanya pada usianya 13 tahun dan tidak memiliki lesen.
Untuk meredakan kemarahan masyarakat, Ahmad Dhani selaku ayah telah mengambil satu tanggungjawab yang berat. Selain berdepan proses undang undang, suami Mulan Jameela itu juga membuat satu janji iaitu akan terus membiayai keluarga mangsa kemalangan maut itu terutama dari segi pendidikan anak anak mereka.
Sewaktu menjadi tetamu di podcast milik Deddy Corbuzier, Dhani mengaku sampai saat ini, sudah lapan tahun dia masih menanggung biaya janda-janda dari kemalangan maut yang disebabkan oleh kelalaian anaknya itu.
"Ya, saya masih menanggung biaya janda janda yang suami mereka maut dilanggar Dul dulu," katanya kepada Deddy seperti dilaporkan InsertLive.
Menurut pelantun lagu Sedang Ingin Bercinta itu, biarpun tidak pernah membuat sebarang perjanjian bertulis, namun dirinya mahu terus menunaikan janji yang pernah dilafazkan kepada mereka.
"Memang secara undang undang tidak pernah buat perjanjian. Tapi saya sudah berjanji kepada keluarga mangsa. Jadi ia (tanggung) secara moral.
"Saya janji untuk biaya anak anak mereka sehingga tamat persekolahan," katanya.
Namun tanpa segan silu Dhani mengaku, bulan ini, bayaran yang patut dilaksanakan setiap 5 haribulan itu telah lewat dibuat. Semuanya gara gara dia juga telah mengalami kesan yang teruk akibat pandemik COVID 19.
"Jadi, saya bayar atau biaya enam janda ini dengan mengambil duit dari bisnes karaoke saya, Masterpiece. Malangnya kerana pandemik, Masterpiece pun mati.
"Walaupun saya tak punya wang seperti bulan ini yang telah lewat lebih 10 hari, janda janda itu tak peduli. Apa yang mereka tahu itu (wang) terus ada," katanya lagi.
Dhani yang turut memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan lamanya dengan Maia Estianty memberitahu kini Dul turut memainkan peranan membiayai keluarga mangsa kerana dia juga sudah punya pendapatan sendiri.
"Ada, ada satu keluarga yang dia biaya, lebihnya (5) saya," akui Dhani kepada Deddy.
Instagram: @duljaelani Kredit Foto: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Unitar