gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
HIBURAN
Nam Ron Tolak Watak Pedofilia, Tak Sanggup Lukakan Diri Sendiri Secara Emosi - "Kena Tahu Bila Perlu Berhenti"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ahmad Dhani Berang Anak Perempuan Kena Buli Siber, Ancam Lapor Polis

Maliah Surip
Maliah Surip
10/07/2025
14:50 MYT
Sponsor Banner
Ahmad Dhani Berang Anak Perempuan Kena Buli Siber, Ancam Lapor Polis
Demi mempertahan dan sayang anak, Ahmad Dhani bersama isteri. Mulan Jameela sanggup melakukan apa sahaja. Antaranya membuat aduan ke Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) atau institusi yang melindungi hak remaja di bawah umur.
Laporan tersebut dibuat pasangan sensasi Indonesia itu kerana berang anak perempuan mereka dengan pengenalan SF dibuli oleh netizen.
Diketahui, SF baru berusia 14 tahun dan mula menerima buli cyber selepas abangnya. Al Ghazali dan Alyssa menikah baru-baru ini.
Meski tidak menyatakan secara terperinci jenis cyber buli yang diterima SF, Dhani mengaku perlu bertindak bukan hanya untuk melindungi anaknya tetapi juga remaja republik tersebut yang berdepan masalah sama.
“Saya telah melihat beberapa akaun dengan salah satunya milik seorang wanita yang mengaku diri sebagai ahli psikiatri, Lita Gading. Kami lihat ada foto anak, nama dan usia yang masih di bawah umur telah mendapat pelbagai soalan provokasi dan memberi stigma teehadap ibu bapanya. Ia seolah-olah membenarkan netizen membuli anak itu.
“Jadi lepas menonton videonya saya rasa tidak boleh didiamkan. Saya perlu lakukan sesuatu jadi saya datang ke KPAI untuk membuat aduan,” ujar Dhani seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Pengasas Dewa 19 itu juga mengatakan SF mengalami kemurungan selepas dibuli dan mahu mengambil langkah tegas terhadap perbuatan yang dilakukan kepada anaknya.
Dia antaranya mahu membawa isu ini ke pihak polis.
“Sekarang saya buat aduan ke KPAI dulu dan akan lanjut ke pihak polis,” katanya lagi.
Dhani juga mengatakan sebagai seorang pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan matang, individu seperti Lita harus melindungi remaja di bawah umur daripada menerima buli cyber, bukan membenarkan mereka dibuli.
“Laporan atau aduan yang saya buat bukan hanya tentang anak saya seorang tapi juga melindungi remaja yang lain daripada dibuli dan tahu hak mereka,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anak
#Indonesia
#Ahmad Dhani
#Mulan Jameela
#Cyberbully
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement