gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pertama Kali Catwalk KLFW2025, Bella Astillah Nervous - “Design Baju Saya Serah Sepenuhnya Kepada…”
HIBURAN
Sofyank Syukur Dapat Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impikan Kolaborasi Suatu Hari Nanti - “Bertentang Mata & Berbual Pun Dah Cukup”
VIRAL
Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ahli Kumpulan 'As One' Lee Min Meninggal Dunia

Gempak
Gempak
08/08/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
Ahli Kumpulan 'As One' Lee Min Meninggal Dunia

Industri muzik Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian Lee Min, penyanyi dan anggota duo R&B terkenal As One, yang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada malam 5 Ogos.

Menurut kenyataan rasmi BrandNew Music, jasad Lee Min ditemukan suami mendiang sejurus pulang ke rumah.

Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan memaklumkan punca kematian setakat ini masih belum dikenal pasti.

Lee Min, yang dilahirkan pada tahun 1978, memulakan kerjaya muzik pada 1999 bersama rakan duetnya, Crystal, menerusi album sulung "Day By Day".

Duo As One dikenali dengan lagu-lagu popular seperti “Desire and Hope,” “Day By Day,” dan “Something Like a Miracle.”

Mereka baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul “Happy Birthday To You” pada Jun lalu dan tampil dalam rancangan muzik "The Seasons: Cantabile of Park Bo Gum".

Crystal, yang kini menetap di Amerika Syarikat, dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Korea Selatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan duetnya itu.

BrandNew Music, dalam pada itu, merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi berlebihan dan menunggu hasil siasatan rasmi diumumkan.

Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Lee Min
#As One
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement