,
Laman Utama

Ah Takutnya! Jom Layan Filem Zombi Pertama Indonesia Zeta: When The Dead Awaken Di Astro First

Amri Hassan
22/01/2021
09:11 MYT
Sebut sahaja zombi pasti ramai yang akan merujuk naskhah filem-filem terkenal antarabangsa. Bukan hanya Hollywood bahkan industri filem Asia misalnya Korea Selatan sudah meneroka filem berkisar zombi.
Tidak dinafikan genre thriller seram juga menjadi pilihan kaki wayang, hal itu sekali gus merancakkan sambutan filem sedemikian.
Indonesia juga tidak ketinggalan untuk menerbitkan filem zombi. Naskhah sulung terbitan Swan Studio berjudul Zeta: When the Dead Awaken juga antara yang mendapat tempat di hati peminat sejak mula ditayangkan dua tahun lalu.
Berkongsi sambutan tersebut di Indonesia, kata pengarahnya Amanda Iswan, filem itu tidak semata-mata menceritakan zombi apokalips sebaliknya hubungan hubungan sesama manusia dan sejagat.
"Semasa fasa promosi filem ini, banyak orang sangat berminat dengan filem ini.
"Ketika filem ini keluar, ia mempunyai beberapa peminat yang sangat gemarkannya.
"Saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.
"Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia," kata Amanda.
Tambah Amanda, aspek paling sukar ketika membikin filem itu apabila terpaksa menyiapkan 13 adegan setiap hari ekoran tempoh penggambaran yang pendek.
Zeta: When The Dead Awaken membawa kisah seorang anak, Deon lakonan Jeff Smith, yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran mendapatkan ubat untuk emaknya, Isma (Cut Mini) di kala negaranya berdepan wabak zombie.
Isma yang menderita Alzheimer tahap pertama menyerahkan tugas berat itu kepada anaknya yang baru berusia 16 tahun.
Mereka anak-beranak terperangkap dalam apartmen ketika zombie mula menyerang.
Namun malang tidak berbau, usaha Deon tergendalam apabila dia diserang zombie dan beberapa kelompok lain yang mementingkan diri. Sepanjang pencariannya, anak muda itu menempuh pelbagai serangan.
Malah, demi mempertahankan diri, Deon juga terpaksa menyerang Reza (Dimas Aditya), seorang pekerja binaan semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan. Namun, hati Reza tersentuh apabila mengetahui kisah sebenar Deon.
Zeta: When The Dead Awaken menampilkan Edo Borne membawa watak Reyhan, Joshua Pandelaki (Kolonel Vito) dan Willem Bevers (Richard).
Bakal Zeta: When The Dead Awaken akan menerjah ke pawagam rumah anda menerusi strim On Demand dan Astro First bermula Khamis (28 Januari) ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar