,
Hollywood

Ah Sudah! Peminat Dakwa Spiderman Hamilkan Nicki Minaj?

Amri Hassan
22/07/2020
02:20 MYT
Nama pelakon filem Spiderman, Tom Holland tular di Twitter selepas penyanyi rap Nicki Minaj mengumumkan kehamilannya baru-baru ini.
BACA: Kerap Kencing & Muntah-Muntah, Nicki Minaj Sahkan Kini Hamil
Dakwa peminat, secara berseloroh bahawa Holland, 24, bakal manjadi bapa kepada bayi yang dikandung Minaj, 37. Dakwaan itu merujuk kepada memes yang pernah direka peminat pada tahun 2019 yang kononnya wujud cinta tiga segi antara Holland, Minaj dan YouTuber James Charles.
Ramai yang keliru hingga ada yang tertanya-tanya apakah kaitannya Minaj hamil dan Hollad disebut sebagai bapanya.
"It's just that I can imagine myself being a dad already, and the best part is that the mother is Nicki. I'm so happy"
Congratulations to the couple! #preggers pic.twitter.com/Dx8ZIQp7i3— Pop Base (@reputationvi) July 20, 2020 Apa yang pasti itu hanyalah gurauan dan berita palsu yang dimainkan semula oleh peminat mereka dan ditularkan netizen. Pada Isnin penyanyi lagu Super Bass mendedahkan dirinya sedang hamil hasil perkahwinannya dengan rakan baiknya, Kenneth Petty.
Minaj dan Petty berkahwin secara rahsia pada Oktober 2019 dan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman persekolahan lagi.
Bagaimanapun, Minaj belum mengumumkan jantina bayi yang dikandungnya itu.
Manakala, Holland kini sedang bercinta dengan gadis bernama Nadia Parkes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.