,
Laman Utama

"Agamawan, Artis Dah Dahlah Bertelagah" - PU Amin

Amri Hassan
19/05/2023
08:45 MYT
Pendakwah bebas, PU Amin memohon golongan agamawan dan selebriti agar berhenti bertelagah di media sosial demi menjaga silaturrahim dan maruah masing-masing.
Jelas PU Amin, pertelagahan sesama sendiri di media sosial akan terus memberikan impak negatif dan buruk dari kaca mata peminat masing-masing dan warganet secara umumnya.
"Dulu pun saya pernah buat benda sama, tapi tiada perubahan. Jadi, untuk apa buat benda sama? Kadang-kadang (pertelagahan) akan memberikan impak negatif kepada kita juga terutama apabila kita membawa gelaran seperti PU (Pencetus Ummah).
"Lagipun, orang sekarang dah tahu perkara yang betul dan salah tapi apabila pendakwah dan artis bertelagah, jadi tak manislah," ulasnya.
Terdahulu, kecoh apabila ada antara golongan pendakwah saling berbahas dengan beberapa selebriti tempatan mengulas mengenai penganjuran konsert artis rock Britain, Coldplay yang dijangka tiba di Malaysia pada November hadapan.
Tambah PU Amin, daripada sudut positifnya, golongan agamawan dan selebriti adakalanya saling berhubung kait dan memerlukan antara satu sama lain.
"Circle kita kecil, program artis pun banyak melibatkan pendakwah-pendakwah. Kita pun berlakon juga, hadir ke acara hiburan, kita bacakan doa ketika permulaan acara hiburan dan sebagainya.
"Sampai bila kita nak kata apa yang artis buat itu tak betul tanpa kita menyediakan alternatif dan bawa ke jalan yang betul.
"Medium kita bukan nak dapat highlight di media sosial pun. Bukannya ada anugerah ustaz paling popular pun. Maksudnya, popular bagi ustaz bukan satu keutamaan dan kepentingan. Crowd pendakwah pun beza-beza, ada sekolah, universiti, makcik-makcik, TikTok, dan kita tak bersaing pun, masing-masing ada tempat. Tujuan kita sama, untuk sampaikan dakwah.
"Jadi saya harap pertelagahan ini tak berterusan. Hentikan pertelagahan agamawan dan selebriti. Sebab apa kita nak sekarang bagaimana agamawan membantu selebriti ke arah lebih baik dan bagaimana selebriti terbuka minda untuk menerimanya. Benda baik bukan cakap hari ini, esok orang terima. Bukannya magik!" tambahnya.
Mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengulas dan membahaskan isu-isu panas di media sosial, kata PU Amin lagi, hal sedemikian tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
"Saya pun sekarang tak boleh berkeras, tak jadi apa juga. Saya cakap minta doa orang, mereka tetap macam tu juga. Cuma rezeki, populariti, perniagaan mereka ada saya minta Allah berkati dan minta-minta dengan kejayaan itu mereka akan jadi baik suatu hari nanti.
"Kalau kita duk bantai, kecam pun tak jadi apa. Orang duk kecam dia, kita join jadi netizen sama," katanya.
Dalam perkembangan lain, PU Amin baru dilantik sebagai duta kepada Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dan panel kepada Program Ilmu Allah Tak Pernah Benci Kita bersama Da'i Azhar yang akan berlangsung pada 2 Jun di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan.
Menariknya juga, Malam Berselawat & Qasidah Perdana akan dilaksanakan di lokasi sama pada 3 Jun 2023 dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamdi, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulan Inteam.
Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan selain turut dijadualkan ke Kedah, Terengganu, Melaka, Johor dan Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Artis Terima Sumbangan PEKEMA Prihatin, Momen Penuh Emosi, Pilu & Linangan Air Mata

gempak
24/11/2024
09:55 MYT
Suasana di majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin bertukar pilu dan bersulam linangan air mata melihat penggiat seni yang pernah menghiburkan orang ramai kini tidak seceria dahulu.
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Unitar