GAYA HIDUP
Agak-Agak Warna Apa? Acara Meneka Baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bermula, Ramai Teka ‘Maroon’
Bukan sahaja pada bulan ramadan, setiap kali mahu menyambut Syawal antara acara wajib rakyat Malaysia adalah meneka warna baju melayu yang akan dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semasa pengumuman Hari Raya.
Menjengah ke Facebook Gempak, antara warna yang banyak disebut oleh warganet adalah Maroon dan juga Hijau.
“Hijau.
“Tona merah.
“Merah seakan-akan oren.
“Maroon.
“Hijau kot,” komen netizen
Tapi tidak kurang juga ada yang menyebut Syed Danial akan mengenakan busana baju melayu berwarna biru.
Terdahulu, tarikh melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan berkata, ia perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja.
Menurut kenyataan tersebut, tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Must-Watch Video