,
Laman Utama

Aeril Zafrel Dedah Disihir: "Marilah Bertemu Secara Nyata"

Maliah Surip
07/02/2021
07:22 MYT
Pelakon Aeril Zafrel yang sembuh dari COVID 19 mendedahkan diri dan keluarganya disihir oleh seseorang, baru baru ini.
Pendedahan itu dikongsikan Aeril melalui kemas kini terbaharu di Instagramnya, tengahari tadi.
Melalui kemas kini tersebut, Aeril menunjukkan tiga bentuk objek seperti 'patung manusia' dengan kepala berlubang di tengah sementara terdapat ukiran yang tidak difahami pada bahagian 'badan'.
"Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan ALLAH sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.
"Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah .... ALLAH hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif - saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir 'seseorang' baru-baru ini," tulis Aeril pada bahagian kapsyen.
Bersama pendedahan yang mengejutkan itu, Aeril menyampaikan permohonan maaf sekiranya banyak membuat silap tanpa disedari sehingga menyinggung perasaan pihak lain sehingga mengambil langkah melakukan percubaan sihir terhadapnya.
Setelah meminta maaf, dia juga mengatakan telah memaafkan pihak yang berniat tidak baik kepadanya. Selain menyerahkan segala urusan kepada Allah, dia juga mengajak pertemuan empat mata bersama pihak yang berasa sakit hati dengannya.
"Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya 'pihak itu' kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada ALLAH Rafiqul A'la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya.
"Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya - marilah bertemu secara nyata dan insyaALLAH saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada.
"Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak2 kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan - ALLAHhu Robbi," akhirinya.
Suami Wawa Zainal itu bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana dia menemui objek khurafat dan siapa yang membantunya 'mengesan' dirinya dan keluarga hampir terkena sihir.
Instagram: @aeril_zafrel
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

gempak
24/08/2024
01:25 MYT
Kawasan Jalan Masjid India, di sini, menjadi tumpuan pengamal media pada Jumaat susulan insiden seorang pelancong wanita warga India dikhuatiri terperangkap dan tertimbus selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada awal pagi semalam.