HIBURAN
"Putrajaya Akan Jadi My Second Home" - Bella Astillah
Sepotong video memaparkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah di sebuah butik baju berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, memperlihatkan Bella Astillah tertarik untuk mengunjungi sebuah butik baju, namun sayangnya, kedai tersebut masih belum beroperasi ketika itu.
Bagaiamanapun, apa yang menarik perhatian adalah jawapan Bella Astillah yang menyatakan bahawa dia akan kembali semula ke tempat itu kerana Putrajaya bakal menjadi rumah keduanya.
“Ternampak baju kurung tapi kedai belum buka. Next ke sini lagi.
“Tapi kedai dia belum buka,” ujar individu tersebut di dalam video itu.
“Takpe saya akan datang balik, Putrajaya akan jadi rumah kedua saya,” jawab Bella.
@amir_fiqri3 Ternampak baju kurung tapi kedai belum buka. Next ke sini lagi ✌🏻♬ original sound - Amir Fiqri 3
Susulan kenyataan itu, warganet pantas mengaitkan lokasi tersebut dengan figura politik muda, Syed Saddiq, yang kini dilihat rapat dengan Bella.
“Putrajaya tu tempat Syed Saddiq selalu ada kan?
“Pahammmm. Putrajaya akan jadi bella punya 2nd home. pahammmmmmmmmmmmmmm
“Kami doa apa yg Bella ucap jd knyataan #BASS.
“Bella macam ada mksud lain je tu “putrajaya akan menjadi second home” pun lain mcm ekk,” usik beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua pihak bagaimanapun masih belum mengesahkan mengenai status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video