,
Hiburan

Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Asyikin Mayudin
11/05/2024
02:32 MYT
Tampil dengan lagu ILU, vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza tidak menafikan dia turut menumpang publisiti disebalik kontroversi rumah tangga yang menjadi bualan hangat ketika ini.

Cipta Lagu Dalam Satu Malam

Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang mengemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes,
“Saya mencipta lagu ILU dalam tempoh satu malam saja. Tidak sukar kerana bait-bait kata dan sebagainya berada di sekeliling kita. Jadi tidaklah mengambil masa yang lama.
“Malah, sudah lama juga saya tidak menulis lagu yang ideanya datang secara tiba-tiba. Dari sudut perniagaan, tumpang publisiti dan sebagainya itu saya tak nafikan.
“Dari segi undang-undang, tidaklah tepat seperti situasi yang sedang berlaku cuma sipi-sipi saja keeana selebihnya terpulang kepada pendengar untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.
“Kebanyakan karya saya sebegitu yang mana saya sediakan bahan-bahan masakan dan rempah ratus selebihnya hasil masakan itu dibuat oleh pendengar sendiri,” kata Aepul.
Menerusi perkongsian di TikTok, lirik lagu yang disampaikan oleh Aepul juga sangat bersahaja sekali gus mencuri perhatian pendengar.
Lebih mencuit hati, Aepul turut menyelitkan akronim yang digunakan oleh Aliff Aziz dan Ruhainies menerusi perbualan mereka di Whatsapp yang didedahkan oleh Sarah Yasmine, baru-baru ini.

Untuk Peringatan Sendiri

Tampil dengan lirik yang pedas, Aepul menjelaskan lagu berkenaan dihasilkan sebagai peringatan buat diri sendiri juga.
“Salah satu sebab mengapa saya menghasilkan lagu ini kerana sebagai teguran buat saya sendiri juga. Sebelum-sebelum ini juga Drama Band pernah menghasilkan lagu yang berkarakter begini.
“Sejak pada itu, saya menganggap lagu yang dihasilkan sebagai pesanan buat diri sendiri juga. Kita hendak menegur orang, pastikan tangan kita bersih.
“Jadi apabila timbul perkara sebegini, seperti peraturan supaya saya ‘improve’ dan jaga diri saya supaya tidak kena batang hidung sendiri serta menjadi lagu orang lain pula,” kata Aepul.
Kongsi Aepul lagi, dia dan kumpulannya merencana untuk tampil dengan lagu berjudul FYP yang menegur segelintir sikap pempengaruh media sosial, namun menangguhkan hasrat itu.
Jelas Aepul, single ILU didahulukan kerana lirik dan melodinya bersesuaian dengan kes curang yang mendapat perhatian ramai.
Aepul adalah salah seorang peserta 'The Hardest Singing Show' yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

BERITA TRENDING: Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Anak - “Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih”

BERITA TRENDING: Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.