,
Hiburan

Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

Umirah Halim
07/07/2024
05:55 MYT
Penyanyi, Adira seakan memberi bayangan hanya mahukan Datuk Red sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya kerana malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Menerusi perkongisan video yang dimuat naik pengguna di akaun Tiktok, dapat dilihat Adira secara bersahaja menjawab persoalan tentang pengganti daripada khalayak.
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred ♬ original sound - putehhhx
“Kita (Adira) nak kahwin dengan awak sahaja.”
“Kita tak mahu kahwin dan kalau nak pun dengan awak sahaja. Tetapi mungkin lama-lama sikitlah rujuk.
“Saya malas nak bercinta. Ingat tidak buang duitkah?” katanya dalam sebuah siaran langsung TikTok.
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
“Malas dah lah nak pergi bercinta, ingat bercinta ni tak buang duit.
“Malas nak beritahu orang semula saya tinggal di Sabah, bapa sudah meninggal, adik-beradik 10 orang. Susah,” ujar Adira.
ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Sedia Pikul Status Ibu Tunggal - “Nak Atau Tidak, Kena Juga Harungi”
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
​ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Datuk Red bagaimanapun hanya memberikan respons bahawa dirinya sudah meningkat usia sekiranya lebih lama mahu merujuk semula.
“Memang kau cakap tetapi lama lagi. Aku ini sudah tua,” balas Datuk Red.
Tidak mendiamkan diri, Adira terus memberitahu tetap setia menunggu lelaki itu menggapai impian sebelum benar-benar membuat keputusan untuk berkahwin semula.
ARTIKEL BERKAITAN: Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
​ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
“Awak tengah meningkat naik, kejar cita-cita dahulu. Kita (Adira) dekat sini sahaja jangan risau.
“Kita sibuk cari duit. Kalau keluar hanya untuk bekerja dan terus pulang ke rumah,” jelasnya.
Pada 23 April lalu, penyanyi asal Sabah itu sah bercerai talak satu dengan Datuk Red dan tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah kerana memahami kewangan bekas suami.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Unitar