,
Terkini

Adik Dapat 9A SPM, Meerqeen Mahu Hadiahkan Kereta - “Memang Dah Janji Dengan Dia"

Mya Amri
01/06/2024
02:51 MYT
Pelakon drama Astro Originals siri, Framed, Meerqeen tidak membantah andai kata adik lelakinya iaitu Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam ingin mengikuti jejak langkah menceburi bidang seni.

Tak kisah adik ikut jejak langkah dunia seni

Malah kata Meerqeen sebagai seorang abang, dia menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh Shafeeq baik dari segi pelajaran mahu pun kerjaya.

“Saya hanyalah seorang abang sahaja, dia pun sudah besar dan tahu macam mana nak atur hidupnya.

“Saya tidak suka mengatur hidup orang jadi kalau dia berminat, masuk sahajalah. Insya Allah, rezeki itu ada di mana mana. “Andai kata tiada pun tak mengapa sebab sekarang pun peluang pekerjaan dah banyak bukan sahaja dalam industri hiburan tapi di luar sana pun sama.
“Kalau dia ada masuk dalam dunia seni, saya sebagai abang akan tolong dia,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”

Berita Trending: Beri Sumbangan & Makin Kerap Bersuara Di Media Sosial, Sokongan Meerqeen Terhadap Palestin Tetap Kukuh

Beri hadiah kereta

Dalam pada itu, berbicara mengenai keputusan cemerlang Shafeeq dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh memperoleh keputusan 9A, Meerqeen berkata dia sudah berjanji untuk memberikan hadiah buat adiknya.
“Ada, saya dah janji dengan dia sebelum peperiksaan percubaan lagi, sebab dia main ragbi. Dia bermain di Keramat dan kami pula tinggal di Bangi.
“Jadi setiap kali dia main ragbi, kami akan hantar dia atau dia sendiri menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

“Saya cakap dengan dia nanti selepas SPM ambil lesen memandu, memang saya dah berjanji dengan dia.

“Saya cakap mahu beli kereta supaya senang untuk dia bergerak, senang untuk ke universiti nanti,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Adik Meerqeen Dapat 9A Dalam SPM. Tahniah!

Terdahulu, Shafeeq yang mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor memperoleh keputusan 9A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam serta Fizik.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video