,
Laman Utama

Addy Kanna Masih Ditahan, Rakaman Suara Tular Tidak Benar – Polis

Fiza Kamarudin
20/10/2020
21:55 MYT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Addy Kanna kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.
Beliau turut memberitahu usaha mengesan Goh Leong Yeong @ Alvin lelaki yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu masih giat dijalankan.
Bagaimanapun menurut Huzir, Addy dan Alvin tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.
"Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin, adalah tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.
"Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China.
“Pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam," katanya ketika dihubungi.
Polis juga menafikan video mengenai perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya mangsa dan dalang penipuan tular sejak minggu lalu ada kaitan dengan dua individu terbabit dalam sindiket 'cuci duit'.
Huzir berkata, segala butiran perbualan dua lelaki terbabit dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.
“Adalah tidak tepat apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan penipuan dalam talian yang berlaku di negara ini dengan dua individu terbabit kerana kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.
"Malah dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan," katanya.
Huzir, berkata beliau akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.
Terdahulu, perbualan selama 13 minit 34 saat itu, mangsa kononnya dapat menghidu taktik lelaki yang menipunya dengan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat selepas dikaitkan dengan penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna akhirnya mengakui aktiviti penipuannya selepas sebelum itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Kedua-dua mereka kemudian berbual secara baik selepas mangsa berulang kali meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Macau Scam.
Semasa mereka berbual, suspek dalam keadaan yang amat yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.
Malah, dia turut menjelaskan bahawa kegiatan penipuan dijalankan oleh rangkaian mereka dapat menjana pendapatan lumayan hingga puluhan juta ringgit disebabkan sikap sebahagian mangsa yang tidak pernah berhati-hati.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).