SUKAN
Adam Mikhail Syukur Ada Kebolehan Istimewa, Hanya Dimiliki Satu Peratus Manusia Di Dunia - “Saya Tahu Sejak Darjah Empat”
Seorang peserta Kejohanan Bowling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, Adam Mikhail Moorthy, memiliki kelebihan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan dengan dominan.
Menurut Adam yang mewakili kontinjen MSS Perak bagi kategori lelaki B-15, dia mengetahui perkara itu sejak darjah empat.
“Pada mulanya saya tahu kelebihan ini sejak darjah empat. Sejak itu saya sahaja pura-pura bermain dengan tangan kiri sebab tengok ada seorang pemain lawan yang kidal. Jadi saya pun nak cuba.
"Apabila saya mencubanya, asyik 'strike' sahaja. Jadi pada ketika itu saya terus rasa rupanya saya memang boleh bermain dengan kedua-dua belah tangan,” jelasnya.
Adam berkata demikian dalam satu temu bual bersama Astro Arena baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Adam, untuk menulis dia menggunakan tangan kiri.
“Tetapi untuk sekarang, ketika menulis saya gunakan tangan kiri dan bola sepak dengan kaki kiri.
"Badminton, boling dan bola baling pula saya menggunakan tangan kanan," katanya.
Untuk info, hanya sekitar satu peratus manusia di dunia yang memiliki kelebihan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan dengan dominan. Golongan ini dikenali sebagai 'ambidextrous’.
Must-Watch Video