,
Drama

“Adakah Si Jantung Babi Ini Masih Jantung Hati Awak?” - Syarul Ezani Sebak Mahu Berpisah…

Mya Amri
06/03/2024
10:20 MYT
“Adakah Si Jantung Babi Ini Masih Jantung Hati Awak?” Itulah antara dialog kegemaran Syarul Ezani dalam melontarkan watak Amir iaitu lelaki yang terdesak, putus asa dan takut tidak dapat menjalani impiannya.
Namun Amir diberi jalan keluar iaitu jantung babi yang telah disediakan untuk Amir melalui kawan lamanya.
Kini, drama Si Jantung Hati sudah sampai ke penghujungnya.
Malah buat Syarul sendiri, dia juga merasai kesedihan untuk berpisah dengan mereka yang berkerja di set penggambaran yang sudah dianggap seperti satu keluarga.
Mengulas mengenai drama tersebut, Syarul berkata banyak ilmu dan pengajaran yang dipelajari ketika melakokan watak Amir.
“Dari segi diri sendiri, banyak benda yang saya dapat dari skrip dan karakter Amir ini dalam memahami macam mana kita lalui ujian, jangan menilai orang.
“Daripada segi pelakon, saya dapat bekerjasama dengan Datuk Jalaludin Hassan,banyak yang saya pelajari untuk mengembangkan diri saya sebagai pelakon.
“Banyak adegan-adegan hospital. Sebelum penggambaran memang saya terkena kemalangan, jadi sakit memang sakit yang betul.
“Jadi adegan kegemaran saya pula sebab dapat guna segala yang saya rasa dan ada untuk jayakan adegan-adegan tersebut,” jelasnya.
Selain mengagumi Jalaludin Hassan, Syarul juga memuji lakonan Jay Iswazir yang membawakan watak Sopi.
“Cara Jay Iswazir membawakan karakter Sopi dengan tenaga dia memang best sangat. Kalau tak jadi Amir, jadi Sopi pun best juga,” ujarnya.
Saksikan episod akhir Si Jantung Hati arahan Zainorhisyam Samudin (Wak Dol) esok.
Adakah jantung hati Syarul yang mampu bertahan dengan dirinya hingga episod akhir esok?
Dan apakah yang akan terjadi dengan jantung Amir serta si ‘jantung hati’ Amir iaitu Manis?
setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO.
Si Jantung Hati bersiaran setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.