,
Laman Utama

Ada Yang Rasis! Fazley Yaakob Tegur Netizen Tak Sensitif Ulas Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali - "Musibah Patut Buat Kita Bersatu Hati"

Amri Hassan
17/12/2022
09:55 MYT
"Tolong tolak beza bangsa dan agama. Hati-hati bila buat posting!" demikian teguran cef selebriti Datuk Fazley Yaakob terhadap segelintir pengguna media sosial yang tidak sensitif mengulas mengenai tragedi tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini.
Fazley tampil mengulas mengenai hantaran yang dibacanya di Twitter, apabila ada pihak enggan berkongsi rasa simpati terhadap mangsa tragedi disebabkan perbezaan bangsa dan agama.
"Mangsa tanah runtuh bukan orang kita, jadi tak payahlah kesian sangat," ciap individu berkenaan.
Kata Fazley, dirinya terkesan dengan hantaran bersifat perkauman sedemikian yang seakan-akan tiadanya sikap belas ihsan sesama manusia.
"Betullah netizen tu bebas bersuara, tapi kenalah juga tengok keadaan.
"Bila isu bangsa dan kaum jadi kayu pengukur untuk tentukan tahap kasihan terhadap mangsa, saya sendiri turut terkesan.
"Korang, kita nak masuk 2023 dah ni. Tak perlulah semua orang diingatkan apa yang perlu di post dan apa yang perlu difikirkan semula sebelum di post," tulisnya.
Justeru, Fazley menasihati orang ramai agar sentiasa berfikiran matang dan sensitif dalam membuat hantaran di media sosial.
"Mohon lebih sensitif dengan kemungkinan ada ahli keluarga mangsa yang terbaca komen-komen sinis itu.
"Dah namanya rakyat Malaysia maka bukan hanya bola sepak yang menyatukan kita tetapi musibah juga seharusnya membuatkan kita semua bersatu hati dalam simpati. What do you guys think?" tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

gempak
28/08/2024
04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.
Berita

Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan

gempak
24/06/2024
06:22 MYT
Satu kejadian tanah runtuh didakwa berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, Sabah awal pagi Ahad.
Hiburan

Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

gempak
04/02/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Viral

Viralkan Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Angpau Pokemon, Individu Disekolahkan Netizen – “Benda Boleh Selesai Cara Baik”

gempak
29/01/2024
08:55 MYT
Dah minta maaf tu kira settle lah