,
Laman Utama

“Ada Yang Kata Saya ‘Gold Digger’, ‘Sugar Baby’…” – Athalia Tertekan Gossip Bercinta Dengan Alvin Chong

Fiza Kamarudin
05/10/2020
04:32 MYT
Anak sulung kepada penyanyi Sharifah Zarina, Athalia Deena Buswani mengaku tertekan selepas digosipkan bercinta dengan pelakon Alvin Chong.
Athalia berkata, selepas kontroversi tersebut terjadi pelbagai andaian negatif dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya.
“Selepas gosip itu tular, orang mula bercakap yang bukan-bukan. Ada yang sampai panggil saya ‘gold digger’ dan ‘sugar baby’ sebab kononnya bercinta dengan orang lebih tua.
“Memang saya tertekan, lebih-lebih lagi tahun ini saya akan duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Mujur mama tahu perkara sebenar, malah dia sendiri yang hantar saya bertemu Alvin kerana ada ‘meeting’ berkaitan projek usaha sama antara kami,” katanya.
Tambah Athalia lagi dia telah mendapat banyak pengajaran daripada kontroversi tersebut. Apa lagi apabila ia mengenai fitnah di laman sosial.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana fitnah bila-bila masa sahaja boleh berlaku,” ujarnya kepada Gempak.
Sementara itu Sharifah Zarina yang turut terheret dengan kontroversi tersebut turut dituduh cuba menangguk di air keruh dan mencari publisiti murahan.
“Saya bersuara kerana mahu mempertahankan maruah anak dan menegakkan kebenaran. Saya tahu setiap pergerakan Athalia. "Begitu juga membabitkan projek usaha sama dengan Alvin, saya tahu aktiviti mereka, malah saya juga menghantar dan mengambilnya di lokasi dengan penyanyi itu.
"Segala-galanya sudah dijelaskan, kerjasama mereka hanya berpaksi urusan kerja dan profesional. Memang tiada hubungan peribadi seperti yang didakwa.
Dalam pada itu Zarina berkata, dia tidak kisah jika anak-anak mahu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti.
Yang penting katanya, mereka perlu mengutamakan pelajaran.
"Saya tak melarang sekiranya anak-anak berminat dalam dunia seni. Seperti Athalia, saya memaksanya belajar bermain piano.
"Apa yang saya nampak anak ketiga, Alfenriz Habeeb lebih menunjukkan minat dalam nyanyian, tetapi anak kedua, Ariana Deena mempunyai suara lebih sedap berbanding lain.
"Athalia pula suaranya tidaklah sedap mana, tetapi masih boleh menyanyi dan diasah bakat. Athalia memang minat menyanyi, tetapi kena tunggu habis SPM," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarina yang muncul dengan single Pernah Bahagia, tahun lalu baru dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan, Xanzwhite Skincare.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar