,
Laman Utama

“Ada Sedih & Emosi..” - Netizen Kagum Lakonan Fathia Latiff Setaraf Fasha Sandha

Azwa Rahman
26/01/2022
06:23 MYT
Lakonan aktres jelita Fathia Latiff mendapat pujian ramai apabila karakter yang dibawanya di dalam filem Gracias Barcelona menyentuh hati mereka yang menonton.
Menerusi laman YouTube, ramai wargamaya memuji mutu lakonan pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu setaraf dengan aktres hebat Fasha Sandha.
“Fathia ni level macam Fasha Sandha sebab boleh bawak watak sedih dan emosi,” komennya.
Gracias Barcelona mempertaruhkan kemunculan semula Fathia Latiff sebagai pelakon dan penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin.
Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati.
Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan.
Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan.
Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic.
Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran kembali ke tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.
Sementara itu, selain pelakon Fathia Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).
Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.
Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?
Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

Didakwa Lewat 'Call Time', Kamal Adli Nafi Tak Berdisiplin - "Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri..."

gempak
08/08/2024
12:23 MYT
Aktor Kamal Adli menafikan dakwaan dia sering lewat tiba ke lokasi tertentu atau set penggambaran.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

gempak
03/07/2024
07:53 MYT
Buat pertama kali pelakon Uqasha Senrose mendedahkan wajah puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira yang kini sudah berusia dua bulan.