HIBURAN
Ada Sebab Suami Zehra Zambri Tak Nak Bercerai - "Kalau Setuju, Saya Seakan Mengiyakan Tuduhan Dia Yang Mengatakan…”
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin menjelaskan salah satu faktor dia tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya itu disebabkan alasan tuntutan permohonan perceraian yang difailkan.
Tuduhan & fitnah
Menurut Iqwan, ada beberapa alasan yang diberikan oleh Zehra dianggap seperti tuduhan dan fitnah terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Dakwa Jadi Mangsa Penderaan Zehra Zambri - “Ini Bukan Fantasi Nakal Atau S*ks Ganas Tapi Saya Betul Dipukul”
ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri Letih Kemelut Rumah Tangga Berlarutan, Hanya Mahu Segera Bercerai - “Langkah Terbaik Adalah Diam & Jadi Bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri Enggan Cerai, Kes Lanjut Ke Proses JKP - “Harap Iqwan Dapat Buka Hatinya Untuk…”
"Mana ada rumah tangga tidak bergolak tetapi kalau cepat 'koyak' dan tiada usaha hendak perbaiki, inilah terjadi.
"Saya tak nak lepaskan dia lagi selagi alasan itu tidak diperincikan. Permohonan yang dituntut itu sangat longgar. Ini bukan kenyataan permohonan tapi ini adalah satu tuduhan dan fitnah.
"Kalau diperincikan secara betul mungkin saya setuju. Saya juga ada sebab untuk buat begini. Kalau saya setuju untuk cerai seakan saya mengiyakan yang tuduhan dia mengatakan saya ‘abuser’ adalah betul,” katanya kepada Gempak.
Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes permohonan cerai yang dibuat Zehra di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada pagi Khamis.
Lindungi anak & harta
Dalam pada itu, Iqwan turut menjelaskan dia enggan keluar dari kediaman mereka kerana ingin melindungi anak dan harta miliknya.
"Saya bayar rumah itu selama tiga tahun. Saya mahu lindungi anak, kepentingan saya dan harta. Dia selalu kata banyak luang masa dengan anak sebab dia tiada kerja.
“Tanyalah dia anak tidur dengan siapa? Walaupun tiada hubungan kelamin, kami masih menjalankan fungsi sebagai ibu bapa," katanya.
Sebelum ini, Iqwan enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Iqwan turut mendakwa dia menjadi mangsa penderaan isterinya sendiri selama tiga tahun mereka berkahwin.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video