,
Laman Utama

“Ada Sebab Kenapa Post Itu Dibuat” - Zulin Kembali Berbaik Dengan Suami, Mohon Doakan Yang Baik-Baik

Mya Amri
20/04/2023
08:25 MYT
Pelakon, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.
Zulin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menganggap segala perkara yang berlaku itu ada ujian buat mereka.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah
“Alhamdulillah. Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu pekara yang berlaku, yang mana tahu je tahu. Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” coretnya.
Dalam pada itu, rakan artis juga turut mendoakan yang terbaik buat Zulin dan suami.
“Semoga semuanya dipermudahkan Kak Zulin,” tulis Puteri Aishah.
“Alhamdulillah,” komen Adira
“Alhamdulillah,” coret Elly Mazlein
Zulin sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Farhan sudah berakhir.
Zulin juga menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan di Instagram bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Hiburan

Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

gempak
16/10/2024
06:55 MYT
Dipuji kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
Hiburan

Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

gempak
16/10/2024
04:25 MYT
Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon, Fattah Amin berkongsi pesanan yang diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Viral

“Kalaulah Aku Yang Makan…” - Individu Kongsi Kronologi Warung Soto Ayam Guna Daging Isteri Yang Diberikan Secara Percuma Kepada Pelanggan

gempak
15/10/2024
04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu mendedahkan bahawa sebuah warung yang menjual soto daging lembu sebenarnya adalah daging manusia.
BorakSeeni