gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Harap Bersabar! Tayangan Avengers: Doomsday & Avengers: Secret Wars Ditunda
KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Kembali Belajar Bahasa Punjabi - “Sejujurnya Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Bahasa Ibunda”
VIRAL
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ada Sebab Fasha Sandha Terima Tawaran Berlakon Dalam Drama ‘Dzikir’ - “Saya Memang Suka Sangat…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/05/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Ada Sebab Fasha Sandha Terima Tawaran Berlakon Dalam Drama ‘Dzikir’ - “Saya Memang Suka Sangat…”
Drama terbaharu ‘Dzikir’ yang sudah mula ditayangkan pada 16 Mei lalu dibintangi oleh pelakon hebat Fasha Sandha yang memegang watak utama.

Penuh cabaran

Memegang watak sebagai Dzikir, Fasha mengakui dia menerima tawaran untuk membintangi drama arahan pengarah Harris Fadzilah kerana karya itu penuh cabaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Sanggup ‘Terbang’ Ke Bali Demi Luna Maya - “Dia Selalu Cakap Entah Bila Nak Kahwin Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Kekhilafan Peluk Adik Ipar, Fasha Sandha Terima Teguran Secara Baik - “Saya Terlalu Selesa Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Peluk Adik Ipar, Elisya Tampil Respons - “Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri”

“Drama ini sangat-sangat emosional dan sangat-sangat berat… itulah sebab kenapa saya ambil. Tambahan pula skrip drama ini merupakan tulisan Azlina Pa’wan.

“Saya memang suka sangat penulisan beliau. Drama ini pula diarahkan oleh Harris Fadzilah dan terbitan Country & Universal.

“Saya yakin drama ini akandapat tempat di hati penonton dan ada keistimewaan,” kata Fasha.
Fasha membawakan watak Dzikir. Dzikir merupakan seorangwanita yg kehilangan suaminya. Bila ditinggalkan suami, diamengambil keputusan pindah ke bandar bersama adik lelakinya.
Dia mahu move on. Disanalah dia berjumpa dengan Tuan Kamil yang merupakan majikannya dan jatuh cinta. Kebaikan Tuan Kami lakonan Keith Foo yang membuatkan dia jatuh cinta.

Sinopsis

Walaupun kehidupan miskin, namun Dzikir dan Azhar Bahagia di samping dua anak mereka. Pasangan yang terkenal dengan romantic mereka itu sering dicemburui oleh orang kampung. Dzikir yang terkenal dengan kecantikannya, menjadi buruan orang kaya kampung tersebut yang berkali-kali cuba menawarkan wang kepadakeluarganya demi memisahkan mereka.
Ibu tiri Dzikir – Gayah – pula kelabu mata setiap kali ditawarkan kekayaan kerana suamibarunya itu yang sering sakit. Azhar juga tidak kurang dugaannya. Rose – anak dara Gayah – terus memburu cinta Azhar, walaupun ibunya mahu dia berkahwindengan anak orang kaya.
Pada Rose, tiada yang lebih tampan dariAzhar. Dalam diam, Rina – kawan baik Dzikir – juga menyimpancinta rahsianya pada Azhar, mantan tunangnya. Badai melanda apabila Dzikir diminta untuk menggantikan adikiparnya di sebagai pembantu di rumah Tuan Kamil.
Anak tuan kamil yang autistic lantas menyukai Dzikir, walaupun Puan Mimie– ibu kepada Tuan Kamil – langsung tidak berkenan, berasa bahawaDzikir hanyalah orang kampung yang ingin mencuri. Tanpa pengetahuannya juga, Tuan Kamil telah jatuh cinta pada pandang pertama.
Risau dengan pandangan anaknya pada Dzikir, Puan Mimiememaksa Suhana untuk menggoda anaknya dan berkahwin segera. Segalanya bakal berubah apabila Azhar hilang di laut.
Selain Fasha, drama itu juga dibarisi pelakon hebat yang lain iaitu Keith Foo, Fikry Ibrahim dan Cahaya Nilam.
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#Drama Dzikir
#Dzikir
#Watak Dzikir
Must-Watch Video