HIBURAN
Ada Sebab Elly Mazlein Tak Tayang Wajah Anak - “Saya Tak Mahu Mereka Jadi…”
Pelakon dan pengacara Big Stage Alpha 2025, Elly Mazlein mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah kedua anaknya iaitu Sefhia, 8 dan Haider Matten, 4, di media sosial.
Mahu jaga privasi anak
Menurut Elly, perkara itu bertujuan untuk menjaga privasi selain mahu anak-anaknya menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal yang lain."Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka," katanya."Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas. Tak naklah rasa mak dia artis atau selebriti.
Syukur ramai yang memahami
Dalam pada itu, Elly juga turut meluahkan rasa terharu apabila orang luar turut memahami dan tidak mengacau privasi mereka sekeluarga."Jadi, kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan 'blur' wajah anak-anak saya," jelasnya."Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya. “Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.
ARTIKEL BERKAITAN:Elly Mazlein Dedah Detik Mula Perkenalan Dengan Suami - "Bila Pandang Tu Terus ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Terima Kekalahan, Kak Lina Titip Ucapan Tahniah Buat Uyaina Arshad, “Sebab Kalah Akak Order…”
ARTIKEL BERKAITAN:Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”
ARTIKEL BERKAITAN:“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein
ARTIKEL BERKAITAN:Nombor Syatu! Elly Mazlein Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!
Pendapat masing-masing
Dalam pada itu, ditanya mengenai pendapat mengenai ada rakan artis melakukan tindakan yang sama, Elly berkata itu terpulang kepada pilihan masing-masing.Terdahulu, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada Januari 2020."Apabila ada artis-artis lain membuat keputusan sama, mungkin itu terbaik untuk mereka. Teruskan. Tapi apa-apa pun hak masing-masing, ada sahaja artis dan orang biasa kongsikan anak mereka di media sosial. "Namun bagi saya, saya gembira dengan keputusan yang dibuat untuk anak-anak," katanya.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider, 4 tahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Must-Watch Video