LAMAN UTAMA
"Ada Perut Yang Nak Diisi..."- Noorkhiriah Tak Akan Berhenti Berlakon, Harga Masih Sama
Pelakon Noorkhiriah berpendapat apa jua anugerah yang dirangkul dalam kariernya bukan tiket untuknya menaikkan harga atau bayaran lakonannya.
Menurut Noorkhiriah, dia perlu memikirkan keadaan semua pihak sebelum meletakkan harga.
“Harga sama je. Bagi saya, kalau saya tekankan sangat (harga) kasihan orang lain. Ada perut yang nak diisi. Orang lain pun nak makan, nak hidup.
“Cuma biarlah memadai (bayaran). Janganlah bayar yang tidak sepatutnya,” katanya.
Pelakon Nur itu dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di malam pertama Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) pada Sabtu malam.
Noorkhiriah juga memberitahu dia tidak akan berhenti berlakon dirinya akan terus berjuang dalam bidang lakonan yang sudah sebati dengan dirinya.
“Saya tidak akan menolak selagi mana saya diperlukan. Lagi pun itu (lakonan) adalah kerja saya. Saya pun nak bantu suami, dan bukannya untuk saya seorang. Jadi saya terima saja (tawarkan berlakon)
“Dari segi pemilihan watak, saya tak kisah selagi diperlukan. Cuma kalau boleh saya harap selang seli. Kadang-kadang kita rindu watak berat. Kadang-kadang kita rindu untuk watak kelakar,” ujarnya.
Pada malam pertama penganjuran, ASA 2022 turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Adam, Nikki Palikat, Salma Asis, Idayu, Azlan & The Typewriter, Naqiu dan ramai lagi.
Must-Watch Video