,
Filem

Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

Gempak
03/06/2024
13:54 MYT
Fenomena The Experts yang kini menguasai pawagam ternyata memberikan kesan buat peminat filem tempatan.

Sanggup harungi 8 jam demi The Experts

Buktinya, terdapat beberapa peminat berbangsa Cina juga sanggup mengharungi perjalanan pergi dan balik dari Kelantan ke Terengganu semata-mata untuk menyaksikan filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ini.
Perjalanan menaiki bas yang mengambil masa selama empat jam dari Kelantan ke Terengganu.
Perjalanan balik juga selama empat jam, termasuklah menonton filem dua jam, kalau dikira secara total, masa yang diambil selama lapan jam juga tidak menjadi masalah buat mereka.
Ketika ditemui, rata-ratanya meluahkan rasa puas hati menonton filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures berkenaan.

“Berbaloi perjalanan dari Kota Bharu ke Terengganu semata-mata nak tengok The Experts. Pertama kali saya nak tengok filem Melayu yang hebat ni.

“Walaupun baru pertama kali tonton terus rasa best! Saya akan terus berikan sokongan pada filem Melayu selepas ini. Untuk rating saya bagi 9.5,” kata seorang penonton.

BERITA TRENDING: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

Bawa ke peringkat antarabangsa

Malah seorang lagi penonton iaitu Ang Jing Chien berkata The Experts layak untuk diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Selain jalan cerita yang menarik, pemilihan pelakon hebat, The Experts juga memiliki sinematografi cantik termasuklah skor muzik yang menghidup lagi adegan aksi dalam filem berkenaan.

“Kalau kita tidak beri sokongan pada filem tempatan, siapa lagi? The Experts ini memang best! Kalau boleh kita perlu bawa filem ini ke peringkat antarabangsa.

“Ini pertama kali saya menonton filem Melayu di pawagam, kalau tidak sebelum ini di rumah sahaja. Memang di luar jangkaan saya, sangat menarik.
“Tak sia-sia saya datang, jalan cerita pun tak bosan, berbaloi. Untuk ranking saya beri 9.5,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
Hujung minggu lalu barisan pelakon The Experts, Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dapdap telah turun ke negeri Johor dan Melaka bagi siri jelajah filem.
Kehadiran mereka telah disambut meriah oleh ratusan peminat dan penonton dari pelbagai latar usia di sana.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.
Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Sinopsis:
The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga?
Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!