,
Viral

"Ada Nasi Lauk Telur Pun Alhamdulillah" - Najdi Dedah Industri Nasyid Tenat, Harapkan Show Ramadan Tapi Bayaran Ciput

Amri Hassan
12/06/2020
04:01 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi mendedahkan industri nasyid tempatan kini semakin tenat.
Tambah pula dengan kekangan lantaran pandemik COVID-19, kata Najdi, ramai penggiat seni nasyid terkesan.
"Korang tahu kan pandemik ni adalah yang terburuk dalam sejarah negara kita?
"Antara Yang terkesan adalah nasyid industri, sebelum tu korg kene paham dulu industri nasyid ni hidup kat mana?
"Industri nasyid sebelum PKP banyak hidup masa acara bermusim misalnya maulid nabi, maal hijrah, Ramadan, itu je antara besar, senang cerita Ramadan memang makanan industri nasyid sebab hotel semua perlukan hiburan nasyid masa berbuka.
"Maknanya nasyid ni dapat show pun bermusim, berbeza dengan industri mainstream lagu cinta Jampi (Hael Husaini) boleh jalan bila-bila masa and relevan setiap masa," kata Najdi.
Tambahnya, kebanyakan syarikat nasyid tidak punyai pengetahuan meluas mengenai penstriman digital, sekali gus membuatkan lagu-lagu nasyid tidak menjana pendapatan.
"Ada syarikat rakaman nasyid yang memang survive dengan show sahaja malah tidak ada pengetahuan yang banyak tentang digital streaming seperti Spotify atau YouTube dan lai-lain, dek kerana views yang banyak adalah kriteria utama, barulah anda di kira mempunyai income dari sana.
"Hal ini ramai menjadikan nasyid ini hanyalah part time job dan semakin lama semakin berkurang penggiat seni nasyid. Orang pun masih keliru aku nyanyi lagu Ainul Mardhiah, tapi bila jumpa aku nyanyi lagu Sesungguhnya Raihan.
"Apa yang aku nak share adalah Ramadan baru-baru ini adalah yang paling terkesan sekali, bukan hotel je tutup, tapi masjid, event organiser dan semua berbentuk keramaian, menjadikan semuanya hanyalah online platform dan tak banyak yang berjaya tembus sebab baru nak mula and tiada ilmu
"Namun aku di sini bukanlah nak cerita yang penasyid ni susah sangat sebab semua orang susah time ni, cuma ada yang susah sebab memang full time buat kerja ni, dah la industri tak berapa nak besar, lepas tu diuji pula pandemik begini," tambahnya.
Kata Najdi lagi, industri nasyid turut diuji dengan bayaran persembahan yang tidak seberapa berbanding penyanyi 'mainstream' lain.
"Aku tak nak komen bab payment yang tak sebesar industri lain dan juga layanan terhadap penggiat nasyid 'mesti ikhlas' dalam memberi sesuatu, tetapi aku risau nasyid ni tenggelam sebab syok sendiri dan orang luar anggap orang nasyid ok, which is gap makin jauh.
"Berita baru baru ini yang paling aku sedih dengar, penasyid yang terkesan dengan pandemik boleh jadi bilal masjid, ada penasyid call aku cakap berapa sangat sebulan dia bayar bilal tu? dia seolah kata tidak cukup.
"Tapi aku terpaksa kata dengan apa aku belajar tiga bulan ni adalah, ada nasi lauk telur atas meja pun Alhamdulillah ! Jangan merungut! Ada orang tak makan time ni ikat perut!" ujar Najdi lagi. Tular juga kenyataan Najdi kepada sebuah portal hiburan mendedahkan dia bercadang untuk menjual penapis air dan menjadi pemandu e-hailing bagi membantu keluarganya.
Najdi baru-baru ini mengumumkan dia berpecah dari kumpulan UNIC yang kini hanya meninggalkan Fakhrul dan Bazli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.