,
Laman Utama

“Ada Masa Kita Senyap Tapi Dipijak” - Naim Daniel ‘Naik Hantu’, Netizen Biadab Sampai Main ‘Kepala Bapak’

Hanafis Haris
05/07/2021
23:39 MYT

Gara-gara menyentuh hal berkaitan bapanya, penyanyi muda Naim Daniel menempelak seorang individu di media sosial.

Malah, Naim turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan individu tersebut menerusi satu posting di Instagramnya semalam.

“Ada masa, kita senyap, tapi dipijak.

“Kata sesetengah orang, jadi artis/selebriti itu perlu kebal, tahan maki, tahan kecam.

“Walhal mereka lupa, kita sama-sama manusia,” katanya.

Jelasnya, dia tidak sering berkelakuan begitu ketika menggunakan media sosial, tetapi apabila menyentuh hal maruah, dia terpaksa.

“Saya tolak ketepikan sebentar etika menggunakan media sosial.

“Sebelum ada yang komen kata ‘kau artis kenalah contoh yang baik’ saya nak ingatkan awal-awal, jangan pandai-pandai meletak sempadan antara artis dan mereka yang mengerjakan occupation yang lain.

“Saya ulang, saya adalah manusia yang paling malas, malas nak layan makian berbaur kesat, tapi kadangkala ada juga spesis yang perlu kita ajar cara yang sama mereka berikan kepada kita,” katanya.

Tambahnya, dia juga akan memadam posting berkenaan, cuma ketika ini dia mahu dedahkan bahawa dalam masyarakat kita ada lagi orang yang bersikap sedemikian.

“Kerana selagi kita punya bil hendak dibayar, mulut yang hendak disuap, keluarga yang hendak dijaga, kereta yang hendak diisi minyak, kucing yang hendak diberi makan, kita semua sama.

“Maafkan saya sekali lagi, saya tidak suka begini disini.

“Maruah tetap maruah,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Unitar