,
Laman Utama

“Ada Mak Cik Dah Jatuh!”- Berhimpit! Ramai Sedih Lihat Tetamu Berebut Ayam Goreng Free Di Rumah Terbuka

Syafiqah Jalal
30/05/2022
05:25 MYT
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi jemputan rumah terbuka hari minggu lalu memandangkan ia merupakan penghujung Syawal. Pada hujung minggu lalu tular video apabila menyaksikan tetamu berhimpit untuk mengambil makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang diagihkan secara percuma dalam rumah terbuka anjuran sebuah organisasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna laman TikTok Bernama @hizamsanordin itu menunjukkan tetamunya bukan sahaja berhimpit malah bersesak dan tidak menjaga jarak fizikal sehingga merempuh kaunter agihan makanan berkenaan.
Meskipun beberapa petugas di situ cuba mengawal keadaan, namun pengunjung masing-masing dilihat terus berebut dan menolak antara satu sama lain sekali gus menimbulkan sedikit kekecohan.
Pengguna laman TikTok itu turut melaporkan keadaan serta situasi yang berlaku di situ.
“Nampaknya riuh di sini…Ada mak cik dah jatuh!” katanya.
@hizamsanordin #jawimalaysia #fypシ゚viral #masukberanda ♬ bunyi asal - Ijam✌?
Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata sedih melihat keadaan berkenaan yang dilihat seperti rakyat Malaysia sudah kebuluran.
“Sedihnya rakyat Malaysia ni,” tulis salah seorang warga maya.
“Kesian siap tolak, lapar sangat ke?,” tanya salah seorang pengguna laman sosial itu.
“Mana yang rasa mampu beli tu pergi lah walk in KFC je. Mungkin yang datang ni memang betul-betul memerlukan,” komen salah seorang netizen.
Video berkenaan meraih lebih 250,000 tontonan dan dihujani lebih 2,000 komen yang rata-rata kesal melihat situasi itu berlaku dalam negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.