,
Laman Utama

"Ada Ketika Kami Catukan Makanan" - Luahan Perasaan Tiga Suara, PakNil Buka Akaun Untuk Bantuan Berkelompok

Badrul Hashim
02/06/2021
09:45 MYT
Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan PakNil berkongsi satu live di Instagram miliknya untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi rakyat Malaysia ketika PKP 3.0 berlangsung bermula semalam.
Tujuan utamanya adalah untuk mereka yang berkenaan mendengar sendiri masalah daripada akar umbi yang dikongsikan bersama PakNil ketika live tersebut bersiaran.
"Ini pertama kali saya buka live di IG untuk mendengar masalah kelangsungan hidup ketika PKP yang bermula pada 1 Jun. Anda yang nak berkongsi, boleh buka talian tanpa tunjuk muka,
"PakNil nak simpan live ini dan kongsikan di Instagram supaya sesiapa saja orang yang berkemampuan, yang tidak diuji dapat mendengar suara akar umbi mereka yang mengalami masalah," kata PakNil.
Menurut Paknil lagi, sesiapa yang ingin membuat luahan hati ketika menghadapi kesukaran boleh bersama beliau ketika live tersebut.
"Biarkan live ini boleh dijadikan platform untuk anda bersuara dan menjadi tempat untuk orang tertinggi mendengar," kata PakNil lagi.
Perkongsian pertama diterima daripada seorang wanita yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan tetapi berasal daripada Sabah.
"Ketika PKP pertama dulu saya diberhentikan kerja. Bulan 10 tahun lalu sepatutnya nikah, tapi perbelanjaan sebanyak RM15 ribu untuk perkahwinan habis begitu sahaja kerana ketika itu Sabah ada lockdown.
"Kami teruskan juga pernikahan biarpun hati sangat sedih kerana ayah hanya dapat menjadi saksi secara online sahaja tanpa keluarga di sisi.
Menurut wanita itu lagi, dia dahulu bekerja sebagai seorang pensyarah dan gaji yang tinggi, tapi diberhentikan kerja kerana PKP.
"Setelah lebih setahun, saya baru dapat tawaran kerja pada 1 Jun sebagai guru tadika dengan gaji rm1k sahaja. Saya bersyukur dan tetap terima kerana perlukan kerja dan sumber kewangan.
"Banyak masalah yang kami hadapi suami isteri. Saya tak dapat bantuan dan saya cuba minta tapi diberitahu tidak layak. Saya dah tak tahu macam mana nak buat," katanya lagi.
Tambah menyedihkan, dia baru mendapat panggilan daripada bahagian Sumber Manusia bahawa pekerjaan barunya itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana PKP berlangsung.
"Ada ketikanya kami catukan makanan. Saya masak dan kami makan apa yang ada sahaja," katanya lagi.
Panggilan kedua pula diterima daripada seorang pemuda yang ketika itu sedang berada di hospital.
"Saya dari kecil ada masalah jantung. Saya dah buat operation, lepas operation saya tidak boleh kerja berat. Saya belajar silap mata seperti busking di jalanan.
"Tetapi kerana Covid 19, saya terpaksa kerja sebagai tukang cuci, angkat batu dan sebagainya. Kemudian saya colapse dan sehingga sekarang saya berada di hospital. Banyak dugaan saya.
"saya juga pernah positif covid jadi sehingga sekarang, jadi saya sekarang semput dan tak cepat penat. Saya pernah buat permohonan kad OKU daripada JKM sebab tak boleh kerja, tapi tidak dapat apa-apa respon lagi," katanya lagi.
Ketika itu PakNil memohon kepada pihak berkuasa yang berkenaan supaya mendengar masalah yang dihadapi dan dapat mengambil tindakan segera untuk membantu mereka yang terpaksa melalui masalah sebegini.
Perkongsian ketiga pula datang daripada seorang wanita yang baru sahaja berpindah daripada Negeri Sembilan ke Selangor sehari sebelum PKP 3.0 bermula.
Saya daripada Negeri Sembilan tetapi sekarang menetap di Selangor. Suami kerja sambilan sahaja, dan saya surirumah saja. Saya pernah mengidap masalah kesihatan mental tapi sejak berkahwin ni sudah sedikit berkurang.
"Kami ada anak sorang. Sejak MCO tekanan makin banyak. Kami hanya menyewa bilik di Selangor ni. Bila PKP bermula, suami saya sudah tidak ada kerja kerana dia hanya kerja sambilan," kata wanita tersebut.
Ditanya oleh PakNil tentang soal makan minum, wanita tersebut memberitahu bahawa jiran-jiran bilik lain turut membantu memberikan sumbangan kepada keluarganya.
"Baru sehari (sebelum PKP) tinggal di Selangor. Rezeki Allah bagi, saya dapat tanpa perlu bayar tambang. Pemandu bas suruh saya simpan duit RM10 yang saya hulurkan tu untuk belanja sendiri.
Suami masa tu kerja dan tak dapat ambil saya. Duit tambang bas tu pun suami pinjam daripada kawan kerja untuk saya buat bayar tambang bas. Baru-baru ni sampai kami tak balik rumah kerana fikir nak bayar tu nak bayar ni," kata wanita tersebut yang sudah mula teresak-esak.
PakNil kemudiannya berpesan dengan tenang supaya tidak terikut-ikutkan kepada bisikan syaitan yang banyak hadir ketika manusia di dalam kesusahan.
"Tekanan perasaan ni syaitan senang berbisik. Banyakkan berdoa dan bersolat. PakNil buka akaun paknil untuk bantu mereka yang memerlukan. Siapa yang boleh bantu, bantulah secara berkelompok.
"Jika ada rezeki daripada penyumbang, PakNil akan kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan bantuan," kata PakNil diakhir live tersebut.
Pada yang ingin membantu, anda boleh menghulurkan bantuan anda ke akaun PakNil seperti berikut: Aznil Nawawi Maybank 564735801178
Kredit Gambar: Instagram @aznilnawawihm
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Unitar