LAMAN UTAMA
“Ada Kekangan Tapi...” - Sissy Priscillia Tak Sangka Shooting Masa Pandemik Pun Hasilnya...
Umum mengetahui, filem Backstage telah menjengah pawagam di Malaysia sejak minggu lalu.
Filem yang menampilkan adik beradik popular Indonesia, Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla itu mengisahkan tentang perjalanan dan perit getir menjadi seorang bintang.
Lebih menarik, penceritaannya bukan klise kerana apa yang berlaku bukanlah satu kebiasaan dalam industri di negara jiran itu, mahupun di negara kita.
Menurut Sissy, filem itu bagaimanapun tidak mencetus pemikiran baru bahawa 'show business' itu satu bidang yang kejam.
"Pada pendapat saya, filem ini tidak mencetuskan pemikiran baru bahawa bidang hiburan atau showbiz itu kejam.
"Sebaliknya, ia merupakan satu kiasan tentang bukan mudah untuk seseorang mahu menjadi bintang.
"Selain daripada itu, saya rasa terserah kepada penonton untuk melihatnya secara positif ataupun tidak," katanya.
Sissy berkata demikian dalam satu sesi virtual yang diadakan bersama pihak media Malaysia sempena tayangan filem Backstage di negara ini, minggu lalu.
Dalam pada itu, Sissy juga menyifatkan pengalaman berlakon Backstage sebagai satu perkara yang luar biasa.
"Pengalaman berlakon filem ini memang luar biasa, tambahan ia pula diproduksikan ketika pandemik.
"Meskipun ada kekangan tersendiri ketika itu, tapi ia masih dihasilkan dengan kualiti yang baik dari segi pencahayaan, penceritaan, sinematografi dan macam-macam lagi," tambahnya.
Filem Backstage turut menampilkan adik Sissy yang sedang meningkat naik, Vanesha Prescilla.
Selain adik beradik itu, Backstage turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem ini diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kerjasama dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia.
Nak tahu lebih tentang apa yang berlaku dalam filem Backstage? Jangan lupa saksikannya di pawagam berdekatan anda! Ia sudah mula ditayangkan di seluruh negara bermula Khamis minggu lalu.
Must-Watch Video