ASTRO RAYA 2025
“Ada Banyak Elemen Kelakar” - Bella Dowana Teruja Dapat Terlibat Dalam Program Travel Log Naik Kereta EV
Pelakon berbakat, Bella Dowana meluahkan rasa teruja apabila berpeluang untuk terlibat dalam dua projek bersama Astro sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 21, dia bakal muncul di iklan raya Astro serta mencabar diri untuk memasuki program travel log bersama Kimberly Chua dan Bidin.
"Untuk bulan puasa ini, saya ada dua projek bersama Astro iaitu iklan raya dan satu lagi program Travel EV Balik Ganu. Untuk program ini, saya buat travelog bersama Kimberly Chua dan Bidin.
"Konsep program ini agak menarik sebab kami bertiga balik kampung ke Terengganu dengan menaiki kereta elektrik (EV) Kami habiskan empat hari di sana dan sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran serta aktiviti menarik yang kami lalui," katanya kepada Gempak.
Bella berkongsi cerita tersebut ketika menghadiri sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Cabaran naik kereta EV
Berkongsi pengalaman sepanjang rakaman travelog tersebut, aktres cantik itu turut mengakui salah satu cabaran utama adalah kesukaran mencari stesen pengecas EV kerana tidak semua lokasi menyediakan kemudahan tersebut.
BERITA BERKAITAN: “Saya Tak Makan Daging Kuda Tapi… - “ Bella Dowana Kongsi Pengalaman Travel Ke Kazakhstan
BERITA BERKAITAN: Bukan Putus Cinta Atau 'Potong Perut', Ini Sebab Bella Dowana Makin Kurus - "Ada Satu Ketika Dapat Komen ..."
"Nak jadikan program itu lebih mencabar sebab kereta yang kami guna adalah kereta elektrik. Jadi, kami perlu cari tempat charging yang tidak tersedia di semua kawasan.
"Tapi yang buat perjalanan ini lebih seronok adalah gelagat kami bertiga. Ada banyak elemen kelakar yang pasti menghiburkan penonton," tambahnya.
Selain dari itu, Bella juga berkongsi rasa gembiranya apabila program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan lasak.
Katanya lagi, dia sendiri mengakui dirinya lebih menyukai aktiviti sebegitu.
"Dalam travelog ini, ada banyak aktiviti lasak yang saya memang suka. Jadi bagi saya, tiada sangat cabaran sebab saya memang gemar buat realiti show.
"Saya boleh jadi diri sendiri bila masuk dalam program sebegini. Kalau ada rezeki, saya memang nak buat lebih banyak realiti show," jelasnya.
Tidak memilih tawaran
Sementara itu, aktres yang memegang watak Laila dalam drama Lagenda Puteri Qaseh 2 itu mengakui dia tidak memilih antara drama atau program realiti kerana menganggap kedua-duanya memberi pengalaman berbeza dalam karier seninya.
Malah, dia juga berkata dia tetap terbuka kepada semua peluang yang diberikan.
“Sebenarnya, terpeluang pada tawaran yang saya dapat. Kalau ada tawaran drama sampai dulu, saya akan ambil itu dahulu.
“Kalau ada tawaran untuk saya masuk program realiti show, saya akan masuk. Saya boleh bahagi-bahagikan,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN:Semakin Kurus & Dipuji Cantik Seperti Marian Rivera, Bella Dowanna Nafi ‘Cengkung’ Sebab Putus Cinta - “Tak Broken Pun, Memang…”
BERITA BERKAITAN: Astro Semarakkan Syawal Dengan Hiburan ‘Meriah Lain Macam’ Istimewa Sempena Raya 2025
Must-Watch Video