Hiburan
Achey Pening Anak Nak Jadi Macam DekTa, Netizen Pula Rasa Lucu - “Tiara Ni Lawak Dah Macam Bapa Dia Pula”
Anak kepada pelawak, Achey iaitu Tiara mencuit hati netizen dengan meluahkan permintaan lucu kepada bapanya.
Luah hasrat mahu jadi seperti Talita
Menerusi perkongsian video pendek di Instagram, Tiara atau nama sebenarnya Nur Tiara Zinnirah menyatakan rasa minat untuk menyanyi seperti anak pelawak Shuib iaitu Talita.Achey yang mendengar permintaan itu kelihatan terkedu dengan hasrat yang diluahkan oleh anaknya dan ketawa.“Ayah Tiara nak jadi macam Dekta, nak menyanyi dekat Lotus,” katanya.
Tiara lucu macam Achey
Bagaimanapun, gelagat spontan Tiara yang mendendangkan lagu sekolah apabila disuruh menyanyi oleh bapanya membuatkan netizen terhibur.
Malah ada juga yang mengatakan Tiara seorang yang lucu dan boleh melawak sama seperti bapanya.
Terdahulu, Talita telah berjaya menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan bersama 3 Pagi Era baru-baru ini di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Talita telah mendendangkan dua buah lagu iaitu Kekasih Bayangan nyanyian Cakra Khan dan lagu popular arwah ibunya, Siti Sarah yang berjudul Kesetian.
ARTIKEL BERKAITAN:Thalita Menangis Lantunkan Lagu Arwah Ibu, 3 Pagi ERA & Genji Buskers Tawan 5,000 Penonton Di Bukit Bintang!
ARTIKEL BERKAITAN:Thalita Sebak Dapat Peluang Nyanyi Bersama 3 Pagi Era Di Bukit Bintang - “Rupanya Dia Terlalu Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Tak Ada Rezeki... Kakak Doakan Mama Boleh?” - Luluh Lihat Isteri Achey Pujuk Anak Menangis Bila Tahu Baby Tak Ada
ARTIKEL BERKAITAN:Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”
ARTIKEL BERKAITAN:Talita Mahu Menyanyi Kerana Shuib - “Daddy Selalu Minta Untuk…”
Ketika persembahan tersebut, Talita dilihat tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap ibu tercinta.
Sekadar info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan.
Must-Watch Video