Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
Mya Amri
22/11/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.

Rasa janggal dipanggil kak long

Abby berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Abby, di awal perkahwinan dia berasa agak janggal apabila dipanggil Kak Long ketika pulang beraya di kampung suaminya.
“Ceritanya masa awal-awak kenal, sekejap sangat kawan. Lepas itu terus ambil keputusan untuk kahwin. Sebab apa? Tak tahulah, lupa dah.

“Tapi nak ceritanya punyalah tak sempat nak kenal sangat. Bila dah kahwin, balik kampung raya rasa pelik kena ada yang panggil Kak Long dekat kita.“Kita anak bongsu, orang panggil kak long rasa janggal. Ingatkan panggil sebab nampak macam kak long kawasan ke apa.“Rupanya suami kita anak sulung wak hahaha. Punyalah tak fokus! Tulah! main kahwin je. Syukur Allah bagi yang baik comey ni haha.

“Doakan kekal hingga ke syurga firdausi ya. Okaylah itu je nak cerita. Layan sahajalah ek. Penat berjalan dekat China ni,” kongsinya.
Berikut merupakan video romantik Abby dan suami:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar