,
Hiburan

Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”

Mya Amri
29/03/2024
03:57 MYT
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla menyatakan hasrat untuk membantu Datuk Red untuk kembali bangkit dan mempunyai perniagaan semula.
Abang Tesla memaklumkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Saya terpanggil untuk bantu Datuk Red, Datuk kalau ada nak minta bantuan, insya-Allah saya boleh bantu.
“Datuk boleh langsaikan hutang, saya dengar RM5 juta ke RM7 juta. Kalau saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan balik daripada A sampai Z. Tapi apa-apa Datuk hubungi saya, jumpa saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Misi Mencari Rezeki Halal Demi Anak & Bayar Hutang” - Akaun Tiktok Datuk Red Jadi Perhatian Netizen

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya sudah diisytiharkan sebagai muflis selepas syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi.

BERITA TRENDING: Masih Sayang Rumah Tangga, Datuk Red Tak Setuju Nak Cerai Isteri Pertama

BERITA TRENDING: Madu Adira Suhaimi Nafi Isu Kewangan Jadi Punca Nak Berpisah - “Saya Memang Nekad…” Untuk rekod, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan perceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.
Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan tersebut demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.