,
Hiburan

Abang Sulung Ajai Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat

Amri Hassan
08/02/2019
10:09 MYT
Abang sulung komposer dan penyanyi Ajai, Feroz Maas meninggal dunia akibat kanser prostat jam 10.27 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Ajai berkongsi khabar mendukacitakan itu menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.
"Assalammualaikum semua Jumaat penuh barakah, saya minta pertolongan.
"Kita sedekahkan al-Fatihah pada arwah Feroz Maas, abang sulung saya yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampun segala dosa-dosanya," tulis Ajai.
Memetik laporan Harian Metro, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas memberitahu, arwah abangnya telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut.
Katanya, arwah juga ada penyakit diabetes dan darah tinggi, tetapi masih boleh dikawal.
“Namun, awal tahun baru-baru ini dia mengadu sakit di bahagian perut. Jadi, dia ambil keputusan untuk pergi hospital dan buat pemeriksaan.
"Selepas melalui proses imbasan tomografi berkomputer (CT scan) baru doktor mengesahkan ada kanser ini. Bahagian dalam perut ada kesan bengkak dan bernanah.
"Jadi, doktor ambil keputusan untuk komakan arwah hingga disahkan meninggal dunia pagi tadi. Allah lebih sayangkannya," katanya.
Menurutnya, arwah baru saja menyambut ulang tahun ke-49 pada 5 Februari lalu.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan dikebumikan di Putrajaya selepas solat Jumaat.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu