,
Laman Utama

“Abang Ni Tarbiah, Mata Dia Jeling-Jeling Dania” - Norman Hakim Kena ‘Sekolah’, Ingat Pegang Tangan Girlfriend Rupanya Anak

Mya Amri
15/04/2023
02:50 MYT
Sejak industri hiburan hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan orang ketiga atau penyondol, pelakon Norman Hakim juga turut terkena tempiasnya.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana ia bukanlah sesuatu perkara yang serius sebaliknya kisah lucu yang dikongsi oleh aktor kacak itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Norman, kisah bermula apabila ada individu tersalah anggap dirinya keluar bersama wanita lain sambil berpegangan tangan selepas selesai urusan di sebuah bank.
“Ada cerita kelakar seram. Ada orang suspek yang saya berjalan dengan teman wanita. Sebelum masuk pejabat saya bawa Tanggecey (panggilan anak) saya buka akaun bank.
“Bila keluar dari bank, macam biasa saya jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai dekat kereta, ada seorang abang atau pakcik ni tegur.
“Dia cakap suka tengok personaliti dan cerita keluarga saya,” kongsinya.
Jelas Norman lagi disebabkan situasi itu, individu tersebut telah menegur tindakannya dalam bentuk nasihat.
“Mukaddimah abang ni agak baik tapi bila dekat tengah-tengah nada dah macam tarbiah sambil mata dia jeling-jeling ingin tahu dekat Dania.
“Selepas itu dia cakap ambil lah iktibar dari kes-kes artis sekarang ni. Aik? Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah 'misinterpreted' dan tak husnozon.
“Saya terus mencelah dan tanya ‘Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas selesaikan urusan buka akaun bank untuk anak saya ni.
“Dia jawab, ‘Oooooo... Anak… Huh dah besar ya anak. Saya ingat siapa tadi’. Saya tanya balik "Abang ingat girlfriend saya ke?" Dia terus gelak besar dan tukar topik raya,” jelasnya.
Tidak terganggu dengan kejadian berkenaan, Norman menganggap perkara itu hanyalah satu kejadian lucu.
“Saya dah agak dah. Ramalan ku benar belaka. Saya cuba husnuzon mungkin abang ni tak ada sosial media dan dengar cerita saya dan keluarga dari isteri atau anak-anak dia kot. Tapi abang ni memang nampak baik orangnya,” coretnya.
Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby Abadi pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 20, Marissa Dania Hakim, 18, dan Danisha Hakim, 15.
Norman kemudiannya bertemu jodoh dengan Memey Suhaiza dan berkahwin pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 9, Muhammad Dikhriz Hakim, 7 dan Mikayla Delisha Hakim, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar