,
Berita

"Abang Long Ada Mesin Cukur Janggut Je, Tapi..." - Fazley Yaakob Jadi Barber Segera Potong Rambut Adik, Ini Hasilnya...

ZULHILMI JALIL
12/05/2020
23:45 MYT
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perkhidmatan kedai gunting rambut atau salun masih lagi tidak dibenarkan beroperasi.
Maka disebabkan itu jugalah pelbagai ragam dapat dilihat terutamanya dalam kalangan orang lelaki sendiri yang mungkin sudah rimas apabila rambut mereka mulai panjang dan tidak kemas.
Namun, pada masa ini jugalah, ramai antara kita juga yang cuba menjadi bidan terjun menunjukkan kemahiran mereka dengan memotong rambut ahli keluarga masing-masing.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, dia turut berdepan dengan situasi sama apabila diminta untuk memotong rambut adiknya, pelakon Raf Yaakob.
"@rafyaakob beritahu saya semalam, 'Abang Long, esok Zal ada photoshoot, boleh ke Abang Long tolong potongkan rambut?'
"Saya cakap 'Abang Long ada mesin cukur janggut je, tapi tak apa, Saya yakin, saya boleh!"
"Jadi, inilah jadinya, abang long jadi barber bidan terjun demi adik tersayang," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut Fazley berkongsi video dirinya sedang menggunting rambut adiknya menggunakan mesin pencukur dan sikat sahaja.
"Ibu selalu pesan adik-beradik mesti sentiasa bersatu hati dan bantu membantu ketika susah dan senang! Love you Zal! Harap Zal suka rambut Zal tu!," katanya.
Sementara itu Raf menerusi Instagramnya turut berkongsi hasil rambut baharu sentuhan daripada abangnya itu.
"Akhirnya tengok siapa jadi pendandan rambut Raf. Ya Allah, semua benda pun @fazleyyaakob boleh buat. Not bad kan rambut saya @fazleyyaakob potong dan gayakan? Terima kasih long, Love you!," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji Fazley yang dikatakan sebagai seorang yang cukup berkebolehan dalam banyak perkara.
"Untung ada adik-beradik yang berbakat.
"Wow, serba boleh!, tulis sebahagian netizen.
Dalam pada itu, saksikan program yang menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

gempak
04/08/2024
03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Hiburan

“Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik

gempak
02/03/2024
02:51 MYT
Raf kata dia seorang yang setia.