HIBURAN
Abang Belon Nekad Mahu Saman Anggota Penguat Kuasa DBKL
Penjual belon yang terbabit dalam insiden kekasaran di ibu negara sebelum ini bakal memulakan tindakan saman sivil terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bakal ambil tindakan undang-undang
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Abang Belon atau nama sebenarnya, Muhammad Zaimuddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam insiden pada Mac lalu.
Menurutnya, surat untuk memohon nama pegawai yang terlibat sudah dihantar kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shari dan dua pegawai atasan DBKL.
“Saudara Muhammad Zaim secara rasmi telah menghantar surat dan memohon penama-penama anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat termasuk pangkat mereka kerana kita merasakan ada keperluan mendesak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil.
“Surat telah diutus melalui emel dalam pada tengahari tadi dan kita juga akan hantar secara tangan,” katanya
Tiga anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam insiden pergelutan itu direhatkan sementara daripada tugas mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Meraung Tonton Video Anak Dikasari" - Ibu 'Abang Belon'
ARTIKEL BERKAITAN: "Adakah Kerana Miskin, Ada Kes Lampau Saya Boleh Dilayan Seperti Sampah?" - 'Abang Belon'
ARTIKEL BERKAITAN: "'Abang Belon' Berisiko Lumpuh Kekal, Tulang Belakang Sudah Kemek" - Doktor
ARTIKEL BERKAITAN:Ada 13 Rekod Jenayah Lampau, Pemuda UMNO Akan Tetap Bela 'Abang Belon'
Abang belon alami gangguan stress, pasca trauma
Mengulas lanjut, Muhammad Rafique berkata, Muhammad Zaim kini mengalami gangguan stress pasca trauma (PTSD) dan sukar untuk tidur malam.
Jelasnya, Muhammad Zaim amat terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya termasuk mengenai dirinya berlakon sakit, selain mengaitkan kes jenayah lampaunya.
“Dia (Muhammad Zaim) down sebab ada orang masih menyerangnya kononnya dia belakon. Kita sedang pertimbangkan untuk menyamar malu terhadap pengguna media sosial yang memfitnah Abang Belon,” katanya.
Sumber: Utusan
Must-Watch Video