,
Laman Utama

Aaron Chia, Soh Wooi Yik Juara Dunia, Tan Boon Heong; "Tak Ada Public Holiday Ker Esok?"

Maliah Surip
28/08/2022
09:20 MYT
Kejayaan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Kejohanan Badminton Dunia menewaskan Indonesia meraih perhatian ramai termasuk bekas pemain badminton legenda negara, Tan Boon Heong.
Hos Astro Arena yang menghubungi Tan Boon Heong yang kini berada di Jepun melahirkan rasa bangga atas pencapaian Aaron dan Wooi Yik.
Apa yang melucukan Boon Heng yang sebelum ini tular dengan pesanan ‘jangan kanchiong’ dalam salah satu ulasan perlawanan badminton ‘menyampaikan’ pertanyaan dan hasrat rakyat Malaysia mengenai kemenangan julung kali ini.
"Tak ada public holiday (cuti umum) ke esok?" katanya sambil disambut dengan gelak ketawa.
Boon Heng kemudian meyakinkan hos dirinya benar benar ditanya mengenai cuti umum memandangkan Aaron, 25, dan Wooi Yik, 27, menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi kejohanan dunia itu.
"Tapi kalau tak dapat public holiday, kita holiday sendirilah," katanya lagi sambil ketawa.
Media sosial juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada penggemar sukan badminton yang semuanya terharu serta berbangga dengan pencapaian pasangan beregu lelaki yang memang menjadi kesayangan ramai ini.
"Tahniah Aaron & Wooi Yin on becoming the new World Champions!" tulis Datuk Pandelela Rinong di Twitter beliau.
"Sampai melutut Coach Rexy, this moment Ya Allah! Alhamdulillah. Aaron & Wooi Yik you both totally deserve this. My highest respect to both of you," tambah warganet penuh bangga.
Aaron Chia/Soh Wooi Yik ?? WON against the 3 times world champions, Ahsan/Setiawan ??
21-19 21-14
It will shine when the time is right! Now is THAT moment ? Congratulations CHIASOH ? #BWC2022 pic.twitter.com/SgZqTVFYaW— Z ??? (@theone_xyz) August 28, 2022 "They never won any title, so this is their maiden title ever!" sahut pengguna lain.
"I legit cried a bit after they won. Finally, a Malaysian World Champion in badminton. So incredibly proud of them. They played amazingly!" tambah individu lain.
Terdahulu, mereka menewaskan pasangan veteran Indonesia, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan pada final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun dengan 21-19 dan 21-14 dalam perlawanan yang berdurasi 40 minit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar