,
Berita

Aaron Aziz Kantoi Panggil 'Sayang' Di IG Wanita Lain, Netizen Ngadu Pada Isteri

ZULHILMI JALIL
21/10/2020
05:20 MYT
Macam susah nak percaya sahaja pelakon Datuk Aaron Aziz sanggup panggil wanita lain di Instagram dengan panggilan 'sayang'.
Mana tidaknya, perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan yang boleh dilihat warga net yang lain.
Bagaimanapun, itulah realiti yang berlaku seperti yang didedahkan isterinya, Datin Diyana Halik menerusi satu posting di Instagram.
Begitupun, jangan salah faham. Hal ini kerana panggilan ‘sayang’ itu ditulis Aaron menerusi ruangan komen di Instagram aktres Bollywood terkenal, Preity Zinta.
Dalam satu hantaran Preity yang mengenakan baju tanpa lengan, Aaron menulis: "Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay."
Komen yang ditinggalkan bapa kepada tiga orang anak itu kemudian disedari netizen sebelum memaklumkan hal tersebut kepada Diyana.
"Tadi kita panggil dia, bukan main sibuk, nanti jap dia cakap tengah selesaikan kerja.
"Tak boleh larilah Malik, cuti sudah habis bro. Orang tag sama gua. Lu jangan macam-macam Malik!," tulis Diyana menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Malik merupakan nama watak yang dipegang Aaron menerusi filem KL Gangster.
Begitupun, menurut Diyana, dia mengakui suaminya itu memang peminat tegar aktres berkenaan.
"Memang dari dulu dia fanatik Preity. Tak apalah kasi peluang," balasnya yang turut menggunakan hashtag #sisnaklockpintu secara berseloroh.
Bagaimanapun, rata-rata pengikut mereka terhibur dengan gelagat pasangan suami Isteri tersebut.
Aaron dan Diyana yang sudah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar