,
Laman Utama

Aaron Aziz Buat Cabaran Surah Al-Mulk; “Siapa Hafal & Baca Sedap Dapat RM500…”

Shahrin Zulkifle
22/01/2023
02:00 MYT

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengajak orang ramai untuk menyertai cabaran menghafal surah Al-Mulk secara atas talian.

Kata Aaron, cabaran tersebut merupakan salah satu persediaan yang akan membantu umat Islam di alam kematian.

Malah dia turut memaklumkan, pemenang cabaran berkenaan bakal menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM 500.

“Abang (Aaron) nak buat satu challenge yang akan bantu kita di alam barzakh (kematian) , iaitu Al-Mulk challenge.

“Nanti saya akan bagitahu ye cabaran ini, soon.

“Siapa dapat hafal dan baca paling sedap saya bagi RM500,” kongsinya menerusi satu hantaran di laman TikTok.

@therealaaronaziz Hantar kan video anda dgn mata tutup Sebab sebagai bukit anda dah cuba utk hafal Surah Al-Mulk. Amalan ni akan bantu anda di Alam Barzakh bila anda akan diseksa Surah Al-Mulk ni akan halang malaikat dari menyeksa tuanya yg membaca dan hafal setiap Hari. Semoga kami diberi keampunan dari ALLAH SWT. Yg Badan bertattoo amat dialu-alukanz yg dah hafal Quran sorry ye kena jujur dan tak boleh join la Sebab confirm korang akan menang. #almulkchallenge #f #fy #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #aaronazizjunior ♬ original sound - aaron aziz

Bagaimanapun, jelas ayah kepada tiga cahaya mata itu, cabaran tersebut hanya dibenarkan kepada mereka yang datangnya daripada bukan kalangan al-Hafiz.

“Tapi ini hanya untuk orang biasa macam saya. yang dah hafiz al-Quran tak boleh lah sebab confirm korang hebat.

“Saya hanya buka kepada orang yang tak pandai mengaji macam saya. Saya akan mulakan dulu, yang lain boleh post dan tag saya dekat TikTok, Instagram dan Facebook,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata rata wargamaya memuji sikap Aaron selain dapat mengajak orang ramai mendekatkan diri kepada Allah.

“Terbaik bang, Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan buat cabaran ini,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, semoga ramai yang akan sahut cabaran dan sama-sama kita dapat hafal Al-Mulk,” ujar seorang netizen.

“Mantap bang, semoga usaha baik ini jadi asbab lebih ramai orang baca Al-Mulk,” kata seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.