Hiburan
Aaisyah Ada Produk Supplement Sendiri, Tunggu...
Selebriti popular Rozita Che Wan memberitahu anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 4, bakal mempunyai produk makanan tambahan sendiri.
Kata Che Ta, produk makanan tambahan itu masih dalam peringkat perbincangan dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Aishah akan muncul dengan produk makanan tambahan untuk dirinya dan kanak-kanak seusianya, tiada apa yang salah pun.
"Yang penting saya tahu bahan-bahan yang terkandung di dalam produk terbabit.
"Malah, saya mendapatkan nasihat daripada doktor pakar untuk memastikan produk itu selamat untuk kanak-kanak.
"Bukannya Aishah menggunakan produk makanan tambahan orang dewasa," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta bagi projek perumahan Tunas Homes & Tunas Boulevard di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.
Sebelum ini timbul isu membabitkan produk makanan tambahan kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan oleh seorang selebriti terkenal tanah air.
Produk yang disifatkan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan dan mengembalikan keanjalan wajah itu melibatkan saranan untuk bayi dan kanak-kanak.
Netizen khususnya doktor menyifatkan tindakan promosi produk makanan tambahan untuk kanak-kanak itu memudaratkan dan mendatangkan kesan sampingan.
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video