,
Hiburan

"9 Tahun Tunggu Siti ..." - Ippo Hafiz Pilihan Komposer Lagu Baru Siti Nurhaliza

Amri Hassan
06/03/2020
05:12 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih Ippo Hafiz dalam projek kolaborasi single terbaharu yang akan dilancarkan April ini.
Jelas Ippo, dia teruja apabila Siti bersetuju untuk menyanyikan lagu yang diciptakan khas untuk beliau.
"Saya simpan impian 9 tahun sejak bergelar komposer iaitu membuat lagu untuk Siti Nurhaliza dan akhirnya akan tercapai.
"Sebelum ini pun saya pernah menghantarkan demo lagu untuk beliau tetapi rezeki tak berpihak pada saya.
"Alhamdulillah, kali kedua membuahkan hasil dan ketika nak tunggu kata putus Siti, tiga hari jugalah berdebar-debar," katanya kepada Gempak.
Ippo yang ditemui ketika majlis penyerahan sijil Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam di Bangi, Selangor pada Khamis memberitahu lagu itu juga akan dijadikan runut bunyi sebuah drama stesen televisyen tempatan.
"Saya tahu ramai orang hebat yang sudah berkerjasama dengan Siti dan memang tak sangka dia percaya kepada hasil kerja saya kali ini.
"Lagu itu akan dijadikan single terbaharu Siti selepas 7 Nasihat dan insya-Allah akan dimuatkan dalam album terbaharu beliau.
"Uniknya mengenai lagu itu, saya memberikan sentuhan 1990-an dengan sedikit elemen moden. Ada juga beberapa kejutan lain, jadi kenalah tunggu," tambah Ippo.
Sementara itu, mengulas mengenai pembabitan dalam Angkatan Pertahanan Awam buat pertama kalinya, Ippo mengambil peluang itu untuk belajar kemahiran asas sekiranya berdepan dengan kecemasan.
"Saya mahu menjadi selebriti yang dilengkapi dengan kemahiran dan teknik yang betul untuk membantu orang ramai sekiranya berdepan masalah atau kecemasan.
"Artis pun perlu ada ilmu yang betul, sekurang-kurangnya boleh menyumbang semula kepada masyarakat," kata Ippo.
Antara selebriti lain yang menerima sijil kemahiran asas APM ialah Zetty Mentor, Nemo Cherpen Band dan Sissy Imann.
Hadir sama majlis tersebut Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM Yang Amat Setia, Norhafifi Ismail, Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM, Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, dan Pengerusi Briged Kesenian APM, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.