,
Laman Utama

8 Tahun Bermadu, Adira Suhaimi Mahu Jalani Kehidupan Berpoligami Dengan Tenang - “Bahagian Saya Sudah Lama Berlalu..."

Asyikin Mayudin
15/03/2023
12:50 MYT
Pernah berdepan krisis rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi mendoakan sesiapa saja terutama golongan selebriti yang berdepan masalah itu dipermudahkan urusan.
“Saya berharap sesiapa saja diluar sana yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, semoga dipermudahkan. Itu saja yang boleh saya katakan kerana lain orang lain dugaannya,” katanya.
Syukur tidak lagi berdepan masalah itu, Adira berkata keutamaanya kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarganya dilindungi.
Menurut Adira, dia mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang memandangkan anak-anak sudah semakin ramai dan usianya sudah meningkat.
“Alhamdulillah.. bahagian saya sudah lama berlalu. Fokus ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Itu saja yang penting.
“Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Namun Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.
“Apatah lagi, saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja. Bukan apa, makin lama semakin tua. Sekarang ini hidup saya hendak lalui dengan tenang saja,” ujarnya.
Adira ketika ditemui pada majlis pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.
Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan oleh Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

"Tipu Dosa, Saya Tak Kenal Datuk H... Netizen Yang Memandai-Mandai" - Adira

gempak
18/08/2024
10:25 MYT
Tiada angin manakan pokok bergoyang, namun desas-desus yang mendakwa penyanyi Adira Suhaimi kini rapat dengan individu yang dikenali sebagai Datuk H dinafikannya.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Suami Bekas Isteri Pertama, Datuk Red Anggap Diri Lebih Kacak - "Saya Rasa Saya Lagi Handsome"

gempak
05/08/2024
23:55 MYT
Wajah dikatakan seakan-akan seiras dengan suami bekas isteri pertama, usahawan, Datuk Red berkongsi reaksinya tentang komen yang diberi oleh netizen.