,
Laman Utama

8 Tahun Berlalu, Malaysia Teruskan Usaha Kesan Pesawat MH370

Azwa Rahman
06/03/2022
19:07 MYT
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.
Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga untuk menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.
Selasa ini merupakan tahun kelapan insiden MH370 lenyap tanpa sebarang kesan sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan tidak terjawab mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat malang itu dan keluarga penumpang serta anak kapal dalam keadaan terumbang-ambing.
"Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil.
"Maklumat yang boleh dipercayai ini dapat digunakan untuk mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu. Dengan ini, Pertimbangan akan dibuat dalam menentukan masa depan operasi mencari dan penubuhan semula pasukan siasatan," katanya dalam rakaman ucapan hari ini sempena ulang tahun kelapan MH370.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Viral

Hilang Tanpa Khabar & Pelanggaran Dua Pesawat… Ini 5 Insiden Paling Tragis Dalam Sejarah Penerbangan!

gempak
29/06/2024
12:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar insiden mengerikan melibatkan pesawat.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.
Berita

Isyarat Baharu MH370 Dikesan Di Australia Barat

gempak
19/06/2024
11:53 MYT
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.