,
Laman Utama

71 Pelajar & 2 Guru Dari Sebuah Sekolah Positif COVID 19

Maliah Surip
02/12/2021
03:50 MYT
Menjelang beberapa minggu cuti hujung tahun 2021 bermula, negara dikejutkan dengan berita mengenai 71 pelajar dan dua orang guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dikesan positif COVID-19.
Berita tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang memberi informasi menerusi ciapan dalam laman sosial Twitternya sekitar pukul 10 pagi tadi.
Menerusi ciapan tersebut, KJ memberikan pecahan terhadap kes yang terjadi di sekolah tersebut. Menurutnya, ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.
Daripada jumlah tersebut seramai 13 guru, 1 petugas dan 437 pelajar telah disaring.
Keputusan kemudian menunjukkan 73 dikesan positif yang membabitkan dua orang guru dan 71 pelajar. KJ turut memaklumkan kesemua yang disaring telah melengkapkan vaksin, kecuali empat daripadanya (guru dan murid).
"Kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
"Mereka berada dalam kategori 1 dan 2A serta berada dalam keadaan stabil.
"Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP," katanya melalui ciapan di Twitter yang sama.
Sementara itu menurut Awani, Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, KKM akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat.
Pada Rabu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif COVID-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu.
Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.